Noriah and Jamilah Bebe, Mohamad and Noor Hafida, Mohamed (2017) Strategi komunikasi pencapaian dan pengelakan dalam proses pembentangan pelajar cina. In: International Conference on the Teaching and Learning of Languages (ICTLL 2017) , 3-4 April 2017 , Kuching, Sarawak, Malaysia. .
|
Pdf
Strategi komunikasi pencapaian.pdf Download (33kB) | Preview |
Abstract
Makalah ini membincangkan penggunaan bahasa Melayu standard (BMS) dalam kalangan pelajar Cina sewaktu pembentangan kerja kursus ketika mengikuti kursus Bahasa Kebangsaan A. Pelajar didapati menggunakan pelbagai strategi dalam memastikan proses pembentangan mereka lancar dan dapat diteruskan. Selaras dengan strategi komunikasi yang diperkenalkan oleh Tarone (1983), pelajar didapati mengaplikasikan strategi ini secara tidak langsung dalam penggunaan bahasa Melayu. Secara umum, strategi komunikasi bermaksud proses kognitif yang dirancang oleh penutur bahasa bagi mengatasi masalah yang dihadapi ketika berhadapan dengan masalah komunikasi (Faerch & Kasper, 1983: 211). Dalam kertas kerja ini, strategi komunikasi yang menjadi fokus perbincangan ialah strategi pencapaian yang terdiri daripada strategi penggunaan bahasa pertama, strategi penggunaan bahasa kedua dan strategi rayuan serta strategi pengelakan, iaitu pengelakan topik dan peninggalan mesej. Informan untuk kajian ini terdiri daripada dua puluh orang pelajar Cina yang berusia antara 18 hingga 20 tahun yang menuntut di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Pulau Pinang. Data kajian ini ialah rakaman yang dilakukan ketika proses pembentangan dan ditrankipsikan ke dalam tulisan bahasa Melayu. Analisis dan perbincangan yang dilakukan dalam kajian ini hanya memaparkan contoh data yang terpilih setelah ditrankipsikan daripada rakaman asal. Perbincangan menunjukkan sememangnya terdapat penggunaan strategi komunikasi seperti yang disarankan oleh Tarone (1983) yang diaplikasikan oleh pelajar sewaktu proses pembentangan kerja kursus. Namun demikian, sesuai dengan kebolehan, keupayaan dan tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar ini, maka strategi komunikasi yang digunakan menunjukkan bentuk dan kaedah yang pelbagai. Kata kunci: penggunaan bahasa Melayu, pelajar Cina, strategi komunikasi,
Item Type: | Conference or Workshop Item (Lecture) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | penggunaan bahasa Melayu, pelajar Cina, strategi komunikasi |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences |
Depositing User: | Ms. Juwairah Osman |
Date Deposited: | 04 Oct 2019 02:48 |
Last Modified: | 04 Oct 2019 02:48 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19043 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |