Pemeliharaan Maslahah di Sebalik Pensyariatan Konsep Berpakaian Wanita Menurut Islam

Mansor, Sulaiman and Zailin Shah, Yusoff and Ahmad Murad, Zainuddin and Ahmad Irfan, Ikmal Hisham and Abdullah, Long (2017) Pemeliharaan Maslahah di Sebalik Pensyariatan Konsep Berpakaian Wanita Menurut Islam. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 2 (1). pp. 62-72. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
PDF
Pemeliharaan Maslahah di Sebalik Pensyariatan Konsep.pdf

Download (784kB) | Preview

Abstract

Tulisan ini cuba menghuraikan berkenaan konsep pemeliharaan maslahah yang diutarakan Islam dalam pensyariatan hukum-hakam Syariah. Walaupun begitu, tulisan ini hanya akan memfokuskan dalam aspek konsep pakaian wanita di hadapan lelaki bukan mahram sahaja dengan bersandarkan kepada rujukan-rujukan perpustakaan meliputi kajian terhadap teks-teks seperti tafsir al-Quran, fiqh dan sebagainya. Pemilihan fokus ini disebabkan terdapat pelbagai pandangan negatif yang dilemparkan oleh sesetengah ahli masyarakat terhadap konsep ini. Sehubungan itu, tulisan ini akan cuba mengutarakan hukum-hakam berkaitan pakaian wanita termasuk keadaan-keadaan yang diberikan kelonggaran syarak (rukhsah) beserta penjelasan berkenaan maslahah di sebaliknya. Secara umumnya, tulisan ini merumuskan bahawa pensyariatan konsep pakaian ini antara lainnya bertujuan menutup jalan yang boleh membawa kepada jenayah seksual terhadap wanita dan secara tidak langsung menyumbang kepada keharmonian hidup masyarakat. Tulisan ini diharapkan dapat memberikan manfaat yang besar kepada sumbangan ilmiah berkaitan cara hidup Islam.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Konsep pakaian wanita; Islam; Maslahah; Aurat
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 08 Feb 2018 05:55
Last Modified: 18 May 2018 00:28
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/20279
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item