Pengukuhan nilai teras UMP dalam program engineer huffaz dan cabaran revolusi industri 4.0: kajian di Universiti Malaysia Pahang

Rashidi, Abbas (2018) Pengukuhan nilai teras UMP dalam program engineer huffaz dan cabaran revolusi industri 4.0: kajian di Universiti Malaysia Pahang. In: Proceeding International Conference On International Multidisciplinary Academic Conference (IMAC 2018) , 21-22 March 2018 , Ipoh, Perak. pp. 132-140.. ISBN 978-967-14835-4-1

[img]
Preview
PDF
Pengukuhan nilai teras UMP dalam program.pdf

Download (110kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji program engineer huffaz dan cabaran dalam menghadapi revolusi industri 4.0 pada masa kini. Responden kajian terdiri dari 15 orang pelajar yang terpilih dalam program tahfiz yang dikendalikan bersama oleh Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaaan dengan PIMPIN UMP. Responden kajian terdiri dari pelajar di fakulti kejuruteraan meknikal, kejuruteraan elektrikal dan kejuruteraan pembuatan kampus Pekan. Hasil kajian diperolehi dari pelajar ialah untuk menghadapi cabaran revolusi industri 4.0 dalam konteks UMP, penyediaan platform program yang selaras dengan nilai teras yang telah dibina mesti diperkukuhkan dalam diri setiap pelajar. Nilai teras UMP ini menjadi tunjang kepada staf dan pelajar untuk mencapai hasrat kecemerlangan. Nilai teras pertama yang dipersetujui bersama oleh pihak pengurusan tertinggi UMP ialah hubungan yang kuat dengan Pencipta, dalam konteks ini seharusnya ilmu wahyu diintegrasikan bersama di dalam program engineer huffaz yang diwujudkan. Nilai teras yang dipupuk dalam program huffaz merupakan pemangkin cabaran kepada revolusi industri 4.0. Nilai teras ini dapat melahirkan pelajar yang teguh dalam mempertahankan prinsip diri dan nilai kemanusiaan sejagat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Engineer Huffaz, Nilai Teras, Revolusi industri 4.0.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 06 Apr 2018 02:37
Last Modified: 16 May 2018 03:51
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/20970
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item