Muhammad Nubli, Abdul Wahab and Zulkifly, Aziz (2018) Penggunaan teknik Biofeedback untuk mengukur tahap perubahan diri dan penggunaan latihan zikir di kalangan pelatih di Pusat Pemulihan Dadah. Journal AADK. pp. 1-14. (Published)
|
Pdf
wp-content/uploads/3-ARTIKEL-JURNAL-PEMBANGUNAN-TEKNIK-INTERVENSI-BIOFEEDBACK-min.pdf Download (215kB) | Preview |
Abstract
Teknik biofeedback digunakan untuk mengukur status perubahan diri individu. Ia berupaya mengukur perubahan komponen psikologi melalui rangsangan fisiologi. Kajian ini dilaksanakan untuk mengukur sejauhmana status perubahan diri pelatih di pusat pemulihan dadah menggunakan teknik biofeedback dan juga mengukur sejauhmana teknik zikir yang dilaksanakan di pusat pemulihan berupaya membantu perubahan diri pelatih. Kajian secara kuantitatif diperoleh melalui bacaan Heart Rate Variability (HRV) yang di rekod menggunakan alat emWave, manakala dapatan secara kualitatif diperoleh secara soal selidik dan observasi. Kajian dalam fasa pertama bertujuan untuk mengukur status perubahan diri pelatih menggunakan data HRV biofeedback di kalangan 66 orang pelatih terpilih di tiga pusat pemulihan dadah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang jelas antara pelatih baru dan lama di mana skor Very Low Frequency (VLF) tinggi dan skor Low Frequency (LF), High Frequency (HF), Accumulated Coherence Score (ACS) rendah dirakamkan di kalangan pelatih baru berbanding pelatih lama. Dapatan ini menunjukkan pelatih lama mempunyai kebolehan mengawal diri yang lebih baik berbanding pelatih baru. Kajian dilanjutkan untuk melihat sejauhmana teknik zikir dan latihan nafas berupaya membantu pelatih membuat perubahan diri. Protokol dan skrip biofeedback zikir dibangunkan untuk tujuan ini yang melibatkan 35 orang pelatih terpilih dari dua pusat yang menggunakan pendekatan ISRA. Dapatan kajian menunjukkan teknik zikir dan latihan nafas berupaya membantu pelatih mencapai tahap koheren dan perubahan diri yang baik. Hasil kajian ini menunjukkan teknik biofeedback boleh digunakan untuk mengukur tahap perubahan diri pelatih.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Biofeedback, Zikir, Program Pemulihan Dadah, Perubahan Hati |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences |
Depositing User: | Prof. Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab |
Date Deposited: | 27 Aug 2018 01:52 |
Last Modified: | 27 Aug 2018 01:52 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/22003 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |