Kesan modul body oriented psychotherapy, spiritual body oriented psychotherapy, teknik biofeedback terhadap remaja bermasalah disiplin di Institut Latihan Teknikal

Norizan, Yusof and Muhammad Nubli, Abdul Wahab (2018) Kesan modul body oriented psychotherapy, spiritual body oriented psychotherapy, teknik biofeedback terhadap remaja bermasalah disiplin di Institut Latihan Teknikal. Journal of Science and Management Research (JSMR), 2 (1). pp. 32-44. ISSN 2600-738X. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Kesan modul body oriented psychotherapy.pdf

Download (399kB) | Preview

Abstract

Pergolakan sosial dalam masyarakat kini menjadi umpama barah yang merebak begitu laju dalam kalangan masyarakat. Masalah ini harus diselesaikan secara seberapa segera dengan pelbagai pendekatan yang dirasakan sesuai bagi membantu ahli masyarakat berfungsi dengan memainkan peranan yang sepatutnya. Kajian ini memperkenalkan satu teknik intervensi yang dibangunkan melalui modul kepada pelajar bermasalah di Institut Latihan Teknikal (ILT). Teknik yang dikumpulkan daripada semua teknik pergerakan ekspresif yang dikenali sebagai teknik Body Oriented Psychoterapy (BOP) adalah satu teknik baharu yang dibawa ke Malaysia bagi diaplikasikan kepada individu yang bermasalah. Bagi menyesuaikan teknik tersebut dengan norma, budaya dan Agama masyarakat setempat di Malaysia, makaelemen spiritual Islamdiintegrasikan dalam teknik tersebut yang dikenali sebagai Spiritual Body oriented Psychotehrapy (SBOP). Kedua-dua kesan keberkesanan teknik tersebut diuji terhadap seramai 56 orang pelajar daripada Institut Latihan Teknikal di Kuantan. Hasil keberkesanan teknik diukur dengan menggunakan alat Biofeedback yang menunjukkan kesan terhadap kelegaan yang dihadapi oleh peserta kajian. Hasil kajian ini membuktikan kedua-dua teknik iaitu BOP dan SBOP adalah berkesan memberi kelegaan kepada responden, tetapi SBOP menunjukkan keberkesanan yang lebih tinggi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Body oriented Psychotherapy (BOP), Spiritual Body oriented Psychotherapy (SBOP), Remaja bermasalah, biofeedback, Quasi eksperimental
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 29 Aug 2018 01:52
Last Modified: 29 Aug 2018 01:52
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/22027
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item