Mohd Suhardi, Mat Jusoh and Mohd. Farid, Mohd Sharif and Jasni, Sulong (2018) Pembangunan Kerohanian Menurut Model Tazkiyah al-Nafs al-Ghazali: Aplikasinya dalam Pelaksanaan Program Tarbiah di Asrama Sekolah - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Pulau Pinang. In: 6th International Conference On Islamic Education: Rabbani Education (ICIEd 2018) , 4-5 November 2018 , Kota Bharu, Kelantan. pp. 254-263.. ISBN 978-967-14229-4-6
|
Pdf
Pembangunan Kerohanian Menurut Model Tazkiyah al-Nafs al-Ghazali1.pdf Download (378kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini mengkaji tentang aspek pembangunan kerohanian berasaskan model tazkiyah al-nafs al-Ghazali dalam konteks pelaksanaan program tarbiah di asrama sekolah–sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) Pulau Pinang iaitu SMKA al-Mashoor ( L), SMKA al-Mashoor (P), SMKA al-Irsyad dan SMKA Nibong Tebal. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmana elemen tazkiyah alnafs al-Ghazali dapat diterapkan dalam pelaksanaan program tarbiah di asrama SMKA, Pulau Pinang. Seterusnya, menilai tahap keberkesanan pelaksanaan program pembangunan kerohanian pelajar dan akhirnya, mencadangkan beberapa aspek penambahbaikan modul pembangunan kerohanian diri pelajar. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif iaitu data-data kajian diperolehi melalui kaedah pemerhatian, temubual dan soal selidik. Dapatan kajian kuantitatif melalui statistik deskriptif menunjukkan aspek pembangunan kerohanian pelajar berasaskan model tazkiyah al-nafs al-Ghazali berada pada tahap min sederhana tinggi (min=3.96). Analisis statistik inferensi berdasarkan ujian ANOVA sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p = 0. 42, p>0.05) di antara tempoh masa responden tinggal di asrama dalam aspek kesan pelaksanaan tarbiah terhadap pelajar asrama. Manakala dapatan kajian kualitatif menunjukkan amalan mujahadah al-nafs dan al-ihsan masih berada di tahap penghayatan rendah dalam kebanyakan responden. Akhirnya, kajian ini menyimpulkan bahawa pembangunan kerohanian berasaskan model tazkiyah al-nafs al-Ghazali memerlukan organisasi murabbi yang mantap bagi menerapkan elemen tazkiyah al-nafs dalam rangka pembentukan sahsiah pelajar.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Lecture) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | program tarbiah, tazkiyah al-nafs, al-Ghazali, pembangunan sahsiah. |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences |
Depositing User: | Noorul Farina Arifin |
Date Deposited: | 02 Jan 2019 00:55 |
Last Modified: | 02 Jan 2019 00:55 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23330 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |