Keindahan Tembikar Tradisional Terenang Warisan Negeri Pahang

Mohd Zamani, Nor Peah and Muhammad Nubli, Abdul Wahab and Hamdzun, Haron (2019) Keindahan Tembikar Tradisional Terenang Warisan Negeri Pahang. Jurnal Jelai, 12 (1). pp. 1-19. ISSN 2229-9580. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Keindahan Tembikar Tradisional Terenang Warisan Negeri Pahang.pdf

Download (524kB) | Preview

Abstract

Kajian ini meneliti tentang Tembikar tradisonal Terenang yang merupakan produk utama tembikar Tembeling yang menjadi warisan negeri Pahang. Kegiatan ini bermula di Kampung Pasir Durian sejak sekian lama. Tembikar ini mempunyai keindahannya yang unik setanding dengan tembikar tradisional lain. Bagaimanapun Terenang kurang mendapat perhatian umum sedangkan tembikar ini mempunyai keindahan yang unik setanding dengan tembikar tradisional lain. Penyelidikan ini merupakan satu kajian kualitatif yang merakamkan secara deskriptif kegiatan tembikar tradisional Tembeling di negeri Pahang. Seramai 3 orang penggiat tembikar dari Kampung Pasir Durian dan Temin Kraf telah dipilih secara purposive sampling sebagai peserta kajian. Bagi mencapai objektif kajian, pengutipan data telah dilakukan melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Analisis data telah telah dibuat secara deskriptif dan interpretasi. Melalui pendekatan analisis kualitatif, kajian ini mendapati Terenang mempunyai keindahan yang tersendiri berdasarkan proses pembuatan, bahan yang digunakan, reka bentuk, dekorasi dan fungsi. Secara kesimpulannya, keindahan tembikar tradisonal Terenang yang begitu unik dan istimewa haruslah menjadi kebanggaan bukan sahaja kepada orang Melayu bahkan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tembikar Tradisional, Terenang, Keindahan
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 20 Mar 2019 01:04
Last Modified: 20 Mar 2019 01:04
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/24578
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item