CAS-BM: Bahasa Melayu Antarabangsa

Juwairiah, Osman and Mardhiyyah, Zamani and Rosjuliana Hidayu, Rosli and Farah Hanan, Aminallah and Mohamad Baihaqi, Hasni (2019) CAS-BM: Bahasa Melayu Antarabangsa. In: Innovation, Product Launching and Entrepreneurship (InnOPLEn) 2019, 27-28 Mac 2019 , Polisas, Kuantan. pp. 1-15.. ISBN e978-967-0778-48-8

[img]
Preview
Pdf
1331 CAS-BM-BAHASA MELAYU ANTARABANGSA.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

CAS-BM merupakan "Carta Alir Seronoknya Cakap Bahasa Melayu (CAS-BM)" yang merupakan teknik PdP kepada kesemua pelajar antarabangsa, pensyarah antarabangsa dan ahli keluarga staf dari luar negara (penutur asing) di Universiti Malaysia Pahang. Pelajar dan pensyarah antarabangsa ini merangkumi penutur bukan natif dari Yaman, Jerman, Egypt, Libya, Tanzania, Kyrgystan, China, Sudan, India dan UAE. Teknik PdP ini menggunakan model Kolb dan interpretasi pembelajaran bahasa yang diaplikasikan dalam pelbagai bidang, namun bidang PdP bahasa Melayu belum digunakan. Teknik ini juga digunakan untuk kelas bahasa Melayu kepada pensyarah antarabangsa yang baru dilancarkan pada April 2019. Kebanyakan PdP bahasa Melayu antarabangsa yang dilaksanakan di universiti awam hanya terhad aktiviti di dalam kelas dan tidak menyeluruh. Maka, teknik CAS-BM ini ditulis dalam modul yang terbaharu dan dipasarkan pada tahun 2019. Keberkesanan strategi tersebut diperkenalkan dalam teori pembelajaran yang diperkenalkan oleh Kolb (1984). Menurut teori ini, proses pembelajaran dengan memberi pengalaman (experiential learning) akan membantu dan mempercepat peningkatan kemahiran kognitif individu yang melibatkan pemerolehan konsep-konsep abstrak melalui penglibatan dalam pelbagai situasi. Kolb (1984) menekankan 4 peringkat tersebut dalam PdP berkesan, iaitu istilah pemerhatian reflektif (reflective observation), konseptual abstrak (abstract conceptualization), eksperimen aktif (active experiment) dan pengalaman konkrit (concrete experience). Hasil teknik CAS-BM menunjukkan bahasa Melayu semakin diminati, mendapat sambutan ramai dalam pasaran dan meluaskan penyebaran bahasa Melayu ke persada dunia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Bahasa Melayu; Pelajar Antarabangsa; Model Kolb
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Ms. Juwairah Osman
Date Deposited: 05 Aug 2019 07:10
Last Modified: 05 Aug 2019 07:10
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/25175
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item