Artika Rasul, Sulaiman (2019) Persepsi guru Pendidikan Islam dalam pentaksiran dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sekolah rendah. In: eProsiding: Cabaran Pengajian Islam Dalam Era Revolusi Industri 4.0 (SePIA 1.0) , 25-26 September 2019 , Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Pahang, Malaysia. pp. 366-373.. ISBN 978-967-17268-1-5
|
Pdf
Persepsi guru pendidikan islam.pdf Download (113kB) | Preview |
Abstract
Umum mengetahui bahawa pentaksiran dalam kurikulum adalah merupakan pakej pelengkap dalam model pengajaran dan pemudahcaraan dan merupakan faktor penentu dalam mencorak pemahaman dan penguasaan bagi pencapaian akademik seseorang murid. Selain dari memberi impak terhadap perkembangan potensi kecemerlangan akademik murid ia juga mampu menilai keberkesanan pengajaran guru itu sendiri dan ia adalah sesuatu yang boleh diukur. Kajian ini memberi tumpuan yang khusus dalam meneroka tahap persepsi guru Pendidikan Islam Daerah Pekan dalam melaksanakan pentaksiran mata pelajaran dengan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikukum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Seramai 145 guru Pendidikan Islam yang terdiri daripada lima kelompok iaitu Bandar (14.5 peratus), Peramu (26.9 peratus), Pantai (27.6 peratus), Paloh Hinai (13.1 peratus) dan Chini (17.9 peratus). Hasil dapatan kajian menunjukkan bilangan responden perempuan 82 orang (56.6 peratus) melebihi responden lelaki seramai 63 orang (43.4 peratus). Populasi umur responden yang paling tinggi adalah dalam lingkungan 40-an iaitu seramai 76 orang (52.4 peratus) dan kesemua responden adalah berbangsa melayu (100.0 peratus). Setiap hipotesis telah diuji dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 23.0. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi berdasarkan faktor jantina dan kelompok bagi guru-guru Pendidikan Islam terhadap pentaksiran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) adalah sederhana dengan nilai mean 3.31.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Lecture) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Persepsi, Guru Pendidikan Islam, Pentaksiran , Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc L Education > L Education (General) |
Faculty/Division: | Center for Human Sciences |
Depositing User: | Noorul Farina Arifin |
Date Deposited: | 10 Oct 2019 01:39 |
Last Modified: | 13 Dec 2019 03:54 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26060 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |