Hamir Hamzah, Jaafar and Mohamad Hilmi, Mat Said (2019) Inovasi pengajaran untuk menarik minat pelajar menguasai ilmu tajwid. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1 (6). pp. 8-17. ISSN 2289-7216. (Published)
|
Pdf
Inovasi pengajaran untuk menarik minat.pdf Download (418kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini akan membincangkan penggunaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid yang melibatkan hukum nun sakinah dan tanwin (hukum lima) yang dinamakan sebagai kaedah Yadun. Kaedah Yadun menggunakan teknik padanan lima jari tangan dengan bilangan lima hukum tajwid yang melibatkan nun sakinah dan tanwin dan dibahagikan kepada tiga tahap pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah Yadun terhadap penguasaan murid melibatkan hukum nun sakinah dan tanwin. Dengan menggunakan reka bentuk pretest-posttest control group design, seramai 29 orang murid dipilih secara rawak bertujuan untuk mengikuti kaedah Yadun manakala 29 orang murid lagi mengikuti kaedah pembelajaran biasa. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan kaedah Yadun telah dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan nun sakinah dan tanwin (hukum lima). Kaedah Yadun juga mampu membantu murid memahami, mengingati dan menguasai hukum Iklab, Idgham Bila Ghunnah, Idgham Maal Ghunnah, Izhar Halqi dan Ikhfak Hakiki dengan mudah dan pantas. Hasil daripada kajian ini menyumbang kepada peningkatan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid agar menjadi satu ilmu yang mudah untuk dikuasai oleh murid dan secara tidak langsung dapat membantu memperbetulkan bacaan al-Quran dengan bertajwid.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kaedah Yadun, Hukum Lima, Mudah dan Pantas |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Faculty/Division: | Center for Human Sciences |
Depositing User: | Noorul Farina Arifin |
Date Deposited: | 10 Dec 2019 03:11 |
Last Modified: | 10 Dec 2019 03:11 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26782 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |