Hasmadi, Hassan and Zamri, Basumi (2019) Hubungan antara gaya pengajaran guru dengan pencapaian pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah rendah daerah Mersing, Johor. In: eProsiding: Cabaran Pengajian Islam Dalam Era Revolusi Industri 4.0 (SePIA 1.0) , 25-26 September 2019 , Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Pahang, Malaysia. pp. 76-85.. ISBN 978-967-17268-1-5
|
Pdf
Hubungan Antara Gaya Pengajaran Guru Dengan Pencapaian Pelajar1.pdf Download (90kB) | Preview |
Abstract
Kajian kuantitatif ini yang berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian, adalah bertujuan untuk meneroka secara analitik gaya pengajaran yang paling dominan dan popular yang menjadi amalan dalam kalangan guru-guru Bahasa Inggeris di daerah Mersing, Johor. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara jenis-jenis gaya pengajaran guru Bahasa Inggeris dengan prestasi akademik pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris Pemahaman. Permasalahan yang wujud di daerah Mersing yang menjadi tempat kajian ditunjukkan melalui pencapaian pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), yang menunjukkan penurunan sejak tahun 2013 hingga 2017 dan menduduki tangga tercorot dari segi peratusan kelulusan menguasai tahap minimum dan Gred Purata daripada 11 buah daerah dalam negeri Johor. Punca utama berlakunya penurunan tersebut adalah disebabkan pencapaian subjek Bahasa Inggeris yang lebih rendah berbanding subjek-subjek lain yang diuji. Kajian ini melibatkan seramai 376 orang responden yang dipilih secara rawak daripada populasi seramai 1034 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2017. Data yang dikumpul melalui soal selidik yang diubahsuai daripada Inventori Gaya Pengajaran Guru Grasha (1996) telah diproses dan dianalisis menggunakan kaedah saintifik deskriptif dan korelasi sejajar dengan objektif kajian, dengan menggunakan perisian ‘Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) for Windows’ versi 22.0. Dapatan kajian mendapati bahawa gaya pengajaran guru yang paling dominan dari perspektif pelajar adalah gaya Model Peribadi yang mengatasi empat lagi gaya pengajaran iaitu gaya Fasilitator, gaya Pakar, gaya Delegator dan gaya Autoriti Formal. Kajian ini turut mendapati terdapat hubungan yang signifikan pada tahap korelasi yang sangat lemah antara gaya Model Peribadi dengan pencapaian pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris Pemahaman.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Lecture) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Gaya pengajaran, Pencapaian pelajar, Bahasa Inggeris |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Faculty/Division: | Center for Human Sciences |
Depositing User: | Noorul Farina Arifin |
Date Deposited: | 12 Dec 2019 07:14 |
Last Modified: | 12 Dec 2019 07:14 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26857 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |