No default citation style available for Eprints
|
Pdf
Pengurusan dan peranan Baitulmal1.pdf Download (90kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini membincangkan tentang pengurusan Baitulmal pada Zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa ar-Rashidin. Perubahan pengurusan Baitulmal pada zaman tersebut dilihat berbeza mengikut situasi semasa. Ia diterjemahkan dengan pelbagai langkah diambil berdasarkan perkembangan semasa bagi memantapkan pengurusan kewangan negara. Konsep asal penubuhan Baitulmal jika dibandingkan dengan pengamalan zaman sekarang mempunyai perbezaan yang ketara. Dengan memperkukuhkan institusi Baitulmal, pelbagai masalah yang timbul akibat ketidakfahaman masyarakat dan juga pihak pengurusan menyebabkan fungsi Baitulmal itu menjadi jumud dan tidak proaktif dalam menyelesaikan masalah ummah. Perkara sebegini menyebabkan pengkaji cuba menyelongkar bagaimana pengamalan sebenar Baitulmal pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Ini bertepatan dengan objektif kajian ini yang bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan perlaksanaan Baitulmal pada zaman Rasulullah S.A.W. dan para sahabat dan sejauhmana pengurusan memberi impak kepada umat Islam ketika itu. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian pensejarahan. Data-data diperoleh melalui dokumen bertulis seperti buku, artikel, jurnal, kertas kerja dan temubual. Datadata disusun dan dianalisis secara deskriptif. Kajian ini mendapati pengurusan Baitulmal melalui beberapa fasa perkembangan yang berbeza disebabkan perluasan wilayah negara Islam yang turut meningkatkan sumber kewangan. Kesannya, pengurusan Baitulmal perlu disesuaikan dengan perkembangannya bagi memastikan pengurusan berjalan dengan baik, teratur dan sistematik. Kajian ini diharap mampu meningkat kefahaman masyarakat dan institusi yang berkaitan dalam menambahbaik pengurusan Baitulmal sedia ada.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Lecture) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Baitulmal, Zaman Rasulullah S.A.W. , Khulafa Ar-Rashidin |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Faculty/Division: | Center for Human Sciences |
Depositing User: | Noorul Farina Arifin |
Date Deposited: | 13 Dec 2019 03:01 |
Last Modified: | 13 Dec 2019 03:01 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26879 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
![]() |
View Item |