Tahap kesediaan guru Pendidikan Islam dalam pentaksiran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah

Hasmadi, Hassan and Artika Rasul, Sulaiman (2019) Tahap kesediaan guru Pendidikan Islam dalam pentaksiran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah. In: eProsiding: Cabaran Pengajian Islam Dalam Era Revolusi Industri 4.0 (SePIA 1.0) , 25-26 September 2019 , Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Pahang, Malaysia. pp. 415-424.. ISBN 978-967-17268-1-5

[img]
Preview
Pdf
ahap kesediaan guru Pendidikan Islam dalam pentaksiran dokumen.pdf

Download (613kB) | Preview
[img]
Preview
Pdf (Open access)
Tahap kesediaan guru Pendidikan Islam dalam pentaksiran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah.pdf

Download (450kB) | Preview

Abstract

Kesediaan terhadap perubahan corak pentaksiran dalam bilik darjah merupakan titik tolak kepada transformasi pendidikan masa kini. Kajian ini memberi tumpuan yang khusus dalam meneroka tahap kesediaan guru Pendidikan Islam Daerah Pekan dalam melaksanakan pentaksiran mata pelajaran dengan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikukum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Seramai 145 guru Pendidikan Islam yang terdiri daripada lima kelompok iaitu Bandar (14.5 peratus), Peramu (26.9 peratus), Pantai (27.6 peratus), Paloh Hinai(13.1 peratus) dan Chini (17.9 peratus). Hasil dapatan kajian menunjukkan bilangan responden perempuan 82 orang (56.6 peratus) melebihi responden lelaki seramai 63 orang (43.4 peratus). Populasi umur responden yang paling tinggi adalah dalam lingkungan 40-an iaitu seramai 76 orang (52.4 peratus) dan kesemua responden adalah berbangsa melayu (100.0 peratus). Setiap hipotesis telah diuji dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 23.0. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru-guru Pendidikan Islam terhadap pentaksiran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dalam semua aspek berada ditahap yang tinggi dengan nilai purata min 3.866 (SP=0.673).

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Tahap kesediaan, Guru Pendidikan Islam, Pentaksiran , Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 13 Dec 2019 04:16
Last Modified: 24 Dec 2019 06:19
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26899
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item