Simptom-simpton lazim gangguan makhluk halus berdasarkan kaedah Pengubatan Islam. (Symptoms of Poltergeist Disturbances based on Islamic Medicine)

Mohd Jim, Hamzah (2018) Simptom-simpton lazim gangguan makhluk halus berdasarkan kaedah Pengubatan Islam. (Symptoms of Poltergeist Disturbances based on Islamic Medicine). Jurnal Penyelidikan Tempawan (37). pp. 78-90. ISSN 0127-6093. (Published)

[img] Text
ARTIKEL 1.docx
Restricted to Repository staff only

Download (45kB) | Request a copy

Abstract

Gangguan makhluk halus telah menjadi satu fenomena khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia yang kerap mendakwa mengalami gangguan makhluk halus apabila berkunjung ke pusat-pusat rawatan Islam. Fenomena mistik ini sering dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit misteri yang tidak dapat dibuktikan oleh perubatan moden. Dalam kaedah pengubatan Islam, gangguan makhluk halus ini boleh dikenal pasti melalui simptom-simptom tertentu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti simptomsimptom dan konstruk-konstruk gangguan makhluk halus berdasarkan kaedah pengubatan Islam. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk penyelidikan tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 292 pesakit gangguan makhluk halus dari 15 buah pusat rawatan kecil Darussyifa’ di sekitar zon tengah. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data adalah berbentuk soal selidik. Kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis deskriptif melalui perbandingan min terhadap konstruk-konstruk dan simptom-simptom yang telah dikenal pasti. Kebolehpercayaan terhadap item-item dalam soal selidik diukur melalui nilai Alpha Cronbach setelah dua ujian rintis dijalankan. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat lapan konstruk dan 50 item (simptom) yang telah terpilih setelah melalui prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Kajian ini dapat memberikan informasi kepada pesakit, perawat dan penyelidik lain berhubung dengan simptom-simptom lazim gangguan makhluk halus. Kesedaran terhadap simptom-simptom gangguan makhluk halus ini dapat membantu perawat mengenal pasti rawatanrawatan yang sesuai untuk merawat penyakit-penyakit gangguan makhluk halus, membantu pesakit untuk mendapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan yang tepat, dan membantu para penyelidik untuk meneruskan kajian berhubung dengan simptom-simptom gangguan makhluk halus menjurus kepada kategori yang lebih khusus memandangkan kajian ini mendedahkan simptom-simptom gangguan makhluk halus secara umum melibatkan semua jenis gangguan makhluk halus.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: simptom lazim; gangguan makhluk halus; pengubatan islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Q Science > Q Science (General)
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Miss. Ratna Wilis Haryati Mustapa
Date Deposited: 10 Jan 2020 02:47
Last Modified: 10 Jan 2020 02:47
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/27263
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item