Nazrolnizah, Mohamad Noorzeli (2019) Penggunaan teknik biofeedback dalam program peningkatan prestasi diri dan perniagaan usahawan kecil amanah ikhtiar malaysia (AIM). PhD thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, UNSPECIFIED: UNSPECIFIED).
|
Pdf
Penggunaan teknik biofeedback dalam program peningkatan prestasi diri dan perniagaan.pdf - Accepted Version Download (334kB) | Preview |
Abstract
Prestasi perniagaan dikaitkan dengan prestasi diri. Prestasi diri adalah penting di kalangan usahawan kecil untuk meningkatkan prestasi perniagaan. Pelbagai teknik digunakan untuk meningkatkan prestasi individu dalam perniagaan menggunakan pelbagai pendekatan. Penyelidikan sebelum ini membuktikan bahawa melalui latihan Biofeedback, ia membantu individu untuk meningkatkan prestasi kognitif dan prestasi kerja melalui teknik pengawalan diri. Sehingga kini, tidak banyak kajian dilaksanakan dengan menggunakan latihan Biofeedback untuk meningkatkan prestasi perniagaan di kalangan usahawan kecil di Malaysia. Kebolehubahan Kadar Jantung (HRV) Biofeedback menunjukkan aplikasi yang berpotensi dalam peningkatan prestasi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana teknik latihan Biofeedback dapat digunakan untuk meningkatkan prestasi perniagaan di kalangan usahawan wanita Amanah Ikhtiar Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan latihan Biofeedback HRV bagi peningkatan prestasi perniagaan di kalangan usahawan kecil wanita di Malaysia. Kajian ini memberi tumpuan kepada pembinaan dan penggunaan modul terapi zikir untuk membantu usahawan mencapai koheren HRV. Teknik-teknik yang digunakan dalam latihan meliputi penggunaan teknik pernafasan resonan, teknik pernafasan diafragma dan penggunaan terapi zikir untuk mencapai ketenangan fikiran, emosi dan hati serta meningkatkan skor koheren HRV di kalangan peserta dengan mengambil 50 orang usahawan wanita Amanah Ikhtiar Malaysia dari daerah Pekan, Pahang, Malaysia sebagai sampel kajian. Subjek secara rawak ditugaskan sebagai Kumpulan Latihan Biofeedback (n = 25) dan Kumpulan Kawalan (n = 25). Para peserta ujian menerima lima sesi latihan Biofeedback HRV sepanjang kajian dan selama 3 minit data direkodkan setiap satu sesi. Profil fisiologi dan soal selidik diri (Skala Kemurungan, Kegelisahan dan Tekanan) telah dinilai sebelum latihan Biofeedback. Data yang dikumpul melibatkan analisis HRV: VLF, LF, dan HF untuk Ujian Kuasi Eksperimental manakala analisis keuntungan dan jualan digunakan untuk mengukur peningkatan prestasi perniagaan. Dalam analisis kumpulan dengan menggunakan Ujian-T untuk dua kumpulan sampel bersandaran menunjukkan, Kumpulan Latihan Biofeedback menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam semua pengukuran HRV. Keputusan signifikan yang sama tidak wujud dalam Kumpulan Kawalan. Analisis statistik korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan antara peningkatan perniagaan dan HRV. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang sangat kuat antara prestasi perniagaan dan profil HRV di kalangan peserta, dengan skor 0.80-1.00. Ini menunjukkan bahawa usahawan yang mempunyai keupayaan pengawalan diri yang baik mampu mengendalikan tekanan dengan lebih baik serta mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk berjaya dalam perniagaan. Oleh itu, kajian ini menyimpulkan bahawa teknik Biofeedback HRV boleh dijadikan pengukuran yang penting dalam meningkatkan tahap kesihatan dan prestasi perniagaan usahawan.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (Doctor of Philosophy) -- Universiti Malaysia Pahang – 2019, SV: DR. MUHAMMAD NUBLI BIN ABDUL WAHAB, NO. CD: 12167 |
Uncontrolled Keywords: | Prestasi diri; teknik biofeedback; usahawan kecil; Kebolehubahan Kadar Jantung (HRV) |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences Institute of Postgraduate Studies |
Depositing User: | Mrs. Sufarini Mohd Sudin |
Date Deposited: | 26 Feb 2020 03:07 |
Last Modified: | 26 Feb 2020 03:07 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/27980 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |