Membangun tatacara khusus bagi pengendalian kes perceraian melibatkan dakwaan sihir

Zainal Abidin, Kusmin and Mahyuddin, Ismail (2018) Membangun tatacara khusus bagi pengendalian kes perceraian melibatkan dakwaan sihir. In: International Seminar On Syariah And Law (INSLA 2018) , 10 November 2018 , Kuala Lumpur, Malaysia. pp. 1-10.. (Unpublished)

[img]
Preview
Pdf
Membangun tatacara khusus bagi pengendalian kes perceraian.pdf

Download (151kB) | Preview

Abstract

Al-Quran telah menegaskan bahawa sihir boleh menyebabkan pasangan suami isteri bercerai-berai. Realitinya, memang terdapat kes-kes perceraian yang didakwa berpunca dari penggunaan ilmu sihir dalam mahkamah syariah. Namun, disebabkan ketiadaan satu tatacara pengendalian yang seragam, maka kes-kes tersebut mendapat reaksi yang pelbagai dari pihak mahkamah. Kertas kerja ini bertujuan untuk mencadangkan satu tatacara pengendalian kes perceraian (Standard Operation Procedure) bagi menangani masalah tersebut. Pembinaan tatacara ini menggunakan kaedah analisa dokumen perundangan seperti Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Selangor 2003 dan kes-kes berkaitan yang telah diputuskan dalam mahkamah Syariah di Selangor dari tahun 2008 hingga 2016. Temubual dengan para hakim yang pernah terlibat dengan kes tersebut turut dilakukan bagi mengenalpasti kelompangan yang terdapat dalam prosedur sedia ada. Hasil dari analisa tersebut, satu draf cadangan penambahbaikan kepada tatacara pengendaliaan sedia ada telah dibina. Kewujudan tatacara pengendalian secara khusus ini akan menjadikan pengendalian kes lebih teratur dan saksama disamping pasangan mendapat pembelaan dan keadilan yang sewajarnya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Ilmu sihir – Sihir tafriq - Perceraian dalam mahkamah syariah - Prosedur Kendalian Standard (SOP).
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Institute of Postgraduate Studies
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 20 Jul 2020 04:53
Last Modified: 13 Dec 2022 07:00
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/28817
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item