Mohd Hefzan, Azmi and Muhammad Nubli, Abdul Wahab (2019) Pembangunan model rawatan psikospiritual Islam untuk meningkatkan ciri-ciri kepulihan orang kena pengawasan: satu tinjauan literatur. Jurnal Antidadah Malaysia, 11 (2). pp. 175-192. ISSN 2231-9387. (Published)
|
Pdf
JURNAL-AADK-Jilid-11-No2-Dis-2019-176x248mm.pdf - Published Version Download (9MB) | Preview |
Abstract
Pengukuhan spiritual berlandaskan agama memainkan peranan yang penting terhadap Orang Kena Pengawasan (OKP) sebagai asas terhadap pertahanan diri dalam mengekalkan kepulihan. Beberapa institusi pemulihan dadah AADK telah mempraktikkan modul rawatan dan pemulihan berasaskan psikospiritual iaitu modul ISRA (Islamic Spiritual Rehabilitation Approach) yang mengetengahkan elemen spiritual dan agama. Menurut Fauziah et al. (2017) mendapati bahawa program spiritual dan agama dapat membantu memberi kekuatan kepada penagih untuk mengubah tingkah lakunya meninggalkan dadah. Justeru itu, pelaksanaan modul berasaskan psikospiritual diperkasakan lagi sebagai satu daya usaha untuk menurunkan kadar relaps di kalangan OKP. Modul ISRA menitikberatkan amalan zikir dalam rawatan kerana ianya mampu merawat jiwa klien sekaligus dapat menghindarkan diri dari relaps serta terus menjadi benteng semasa berada dalam masyarakat. Elemenelemen psikospiritual seperti amalan berdoa, berzikir (Ariyanto, 2006; Longshore, Anglin & Conner, 2009; Juhnke, 2009) dan solat (Mohamad Aiman, 2010; Fatimah, 2008) telah dibuktikan berkesan memberi impak positif dalam pemulihan dadah. Penulisan ini meneroka apakah ciri-ciri kepulihan OKP dan bagaimanakah model psikospiritual membantu dalam membina kepulihan. Justeru, perubahan kepulihan seseorang bekas penagih boleh dilihat melalui latihan bio feedback terhadap skor spektrum Heart Rate Variability (HRV). Makalah ini menggunakan alat analisis konseptual dari tinjauan literatur untuk menghuraikan sesuatu perkara berdasarkan ontologi dan epistimologi ilmu iaitu bagaimanakah unsur spiritual dan agama mampu menjadi benteng dari berlakunya penagihan semula dadah. Oleh itu, penulisan ini memberi tumpuan khusus kepada kesan dan perubahan OKP selepas melalui model psikospiritual sebagai kes perbincangan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | OKP; Modul ISRA; Psikospiritual; Ciri-ciri kepulihan; Bio feedback |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Faculty/Division: | Center for Human Sciences |
Depositing User: | Prof. Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab |
Date Deposited: | 25 Oct 2021 07:39 |
Last Modified: | 25 Oct 2021 07:39 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/30012 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |