Hubungan program pengimarahan masjid dengan pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat: kajian di daerah Pekan, Pahang

Azlan, Abd Rahman (2020) Hubungan program pengimarahan masjid dengan pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat: kajian di daerah Pekan, Pahang. PhD thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, UNSPECIFIED: UNSPECIFIED).

[img]
Preview
Pdf
Hubungan program pengimarahan masjid dengan pembangunan modal insan.pdf - Accepted Version

Download (220kB) | Preview

Abstract

Masjid menurut bahasa bermaksud tempat sujud untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT. Manakala menurut istilah pula masjid adalah suatu bangunan tempat umat Islam melaksanakan ibadah harian seperti solat berjemaah lima waktu, menunaikan ibadah mingguan seperti solat Jumaat, melaksanakan ibadah tahunan seperti solat Terawih, solat dua hari raya Idul Fitri, Idul Adha dan sebagainya. Masjid mempunyai fungsi dan peranan yang penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman agama kepada ahli masyarakat. Masjid bukan hanya sebagai tempat ibadah tetapi juga sebagai pusat ilmu, dakwah dan komuniti masyarakat Islam secara umumnya. Kecuaian dalam mengurus guru agama dan ketidakcekapan mengatur aktiviti pengimarahan masjid serta lemah dalam pengurusan fasiliti masjid telah mengakibatkan berlakunya kepincangan terhadap proses pembangunan masyarakat Islam dan pembangunan modal insan. Kelemahan mengurus dana masjid dengan baik memberi kesan negatif terhadap program dan kelas pengajian agama anjuran masjid. Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan program pengimarahan masjid dengan pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat di daerah Pekan, Pahang. Jumlah responden kajian ini seramai 270 orang. Kajian ini melibatkan sebanyak 9 buah masjid dari tiga lokasi yang berbeza iaitu 3 buah masjid di lokasi bandar, 3 buah masjid di lokasi Felda dan 3 buah masjid di lokasi kampung berdasarkan kaedah rawak daripada populasi kajian. Setelah itu, data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 23.0 bagi memperolehi nilai min, sisihan piawai dan Kolerasi Spearman. Hasil kajian menunjukkan adanya perhubungan yang sangat lemah, yang signifikan antara modal insan dengan kelas agama (.225). Begitu juga terdapat hubungan yang sangat lemah, yang signifikan antara modal insan dengan pengurusan masjid (.254) dan adanya hubungan yang sangat lemah, yang signifikan antara modal insan dengan guru agama (.193). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (sangat lemah) antara modal insan dengan pertambahan maklumat (.284). Di samping itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang lemah, yang signifikan antara modal insan dengan pertambahan amalan (.386). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (lemah) antara kelas agama dengan pertambahan maklumat (.361). Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan (lemah) antara guru agama dengan pertambahan maklumat (.364). Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan adanya hubungan yang signifikan (lemah) antara hadirin dengan pertambahan maklumat (.351). Namun begitu, hasil kajian menunjukkan adanya hubungan yang sederhana kuat, yang signifikan antara pertambahan maklumat dengan pertambahan amalan (.624). Secara keseluruhannya, kajian ini merumuskan bahawa adanya pertalian hubungan yang signifikan antara program pengimarahan masjid dengan pembangunan modal insan yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya bagi meningkatkan sahsiah diri dan keunggulan peribadi serta akhlak murni masyarakat sehingga berjaya melahirkan Generasi Rabbani yang disegani dan dihormati. Usaha ke arah penambahbaikan program pengimarahan masjid wajar diteruskan dan menjadi tanggungjawab kita bersama memakmurkannya.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Thesis (Doctor of Philosophy) -- Universiti Malaysia Pahang – 2020, SV: DR. RASHIDI BIN ABBAS, NO. CD: 12789
Uncontrolled Keywords: Pengimarahan masjid; pembangunan modal insan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mrs. Sufarini Mohd Sudin
Date Deposited: 31 Dec 2020 15:17
Last Modified: 31 Dec 2020 15:17
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/30404
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item