Penggunaan media sosial sebagai medium dakwah Islam dalam kalangan penduduk Kampung Beserah, Kuantan, Pahang

Mohd Mokhtarishah, Mohamed Mokhtar and Hasmadi, Hassan (2021) Penggunaan media sosial sebagai medium dakwah Islam dalam kalangan penduduk Kampung Beserah, Kuantan, Pahang. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1 (11). pp. 90-107. ISSN 2289-7216, 2600-8815 (Online). (Published)

[img]
Preview
Pdf
P90-107 MOKHTAR_PAPER 2.pdf

Download (257kB) | Preview

Abstract

Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan media sosial untuk tujuan berdakwah. Kajian ini dicadangkan setelah melihat kerancakan penggunaan media sosial sebagai medium dakwah dan penularan dakwah bebas tanpa terkawal melalui media sosial yang dikhuatiri boleh mengundang kekeliruan, terpedaya, penyebaran ajaran sesat dan fahaman ekstremisme. Masyarakat bimbang dengan kesahihan kandungan mesej dakwah dan belum berpuashati dengan kualitinya. Oleh itu, kajian ini berpeluang melihat sejauh mana tahap penggunaan media sosial sebagai medium dakwah dan implikasi mesej dakwah yang diperolehi daripada media sosial. Sampel kajian seramai 100 responden yang terdiri daripada penduduk Kampung Beserah, Kuantan. Satu set soal selidik yang mengandungi 46 item dibina oleh penyelidik berdasarkan sumber-sumber kajian dan telah diedarkan kepada responden. Manakala data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS) versi 23.0. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan lazim bagi menjawab persoalan kajian. Sementara statistik inferensi iaitu Anova sehala, ujian-t dan kolerasi digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada mengenalpasti penggunaan media sosial sebagai medium dakwah dan mempertingkatkan lagi kandungan dan kualiti mesej dakwah untuk diadaptasi dalam kehidupan seharian.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Penggunaan media sosial, medium dakwah, dakwah islam
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Miss. Ratna Wilis Haryati Mustapa
Date Deposited: 20 Jul 2021 13:49
Last Modified: 20 Jul 2021 13:49
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/31681
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item