Nazikussabah, Zaharudin and Farah Nurshahida, M. S. and Khairul Amri, Abdul Aziz (2021) Rumpai Laut Kandungan Nutrisi dan Kesihatan. Majalah Sains . ISSN 2682-8456
|
Pdf
Rumpai Laut Kandungan Nutrisi dan Kesihatan.pdf Download (276kB) | Preview |
Abstract
Rumpai laut atau dikenali sebagai makroalga boleh diklasifikasikan kepada pelbagai jenis seperti Rhodophyta (alga merah), Phaeophyta (alga coklat), Chlorophyta (alga hijau) dan Cyanophyta (alga biru-hijau). Rumpai laut sering dijumpai di pesisir pantai, terapung di atas air dan sebahagian daripadanya hidup subur di kawasan terumbu karang. Rumpai laut juga merupakan tumbuhan yang sangat bervariasi, dengan ukuran bermula dari beberapa sentimeter sehingga mencapai panjang 100 meter. Rumpai laut merupakan sejenis tumbuhan autotrofik dan fotosintetik dan habitatnya terbatas pada kedalaman tertentu yang biasanya mencapai kedalaman maksimum 60 meter. Ia selalu dijumpai di zon antara pasang surut (intertidal) dan tumbuh secara menegak kerana ia bergantung kepada sinaran cahaya matahari.
Item Type: | UMPSA News |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Rumpai laut; info nutrisi; Kesihatan |
Subjects: | Q Science > Q Science (General) T Technology > T Technology (General) |
Faculty/Division: | Faculty of Industrial Sciences And Technology |
Depositing User: | Ms. Nurezzatul Akmal Salleh |
Date Deposited: | 17 Sep 2021 02:41 |
Last Modified: | 17 Sep 2021 02:41 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/32055 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |