Kajian persepsi murid sekolah rendah di kawasan luar bandar dalam mempelajari mata

Hasmiza, Yaakob and Muhammad Nubli, Abdul Wahab (2021) Kajian persepsi murid sekolah rendah di kawasan luar bandar dalam mempelajari mata. Jurnal Pendidikan Malaysia. pp. 1-16. ISSN 0126-6020. (Submitted) (Submitted)

[img]
Preview
Pdf
Kajian persepsi murid sekolah rendah di kawasan luar bandar11.pdf

Download (77kB) | Preview

Abstract

Minat memainkan peranan penting dalam penguasaan murid dalam mata pelajaran Sains. Pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains dilihat agak merosot semenjak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan pada tahun 2016. Keadaan ini adalah disebakan aras silibus yang diperkenalkan agak tinggi berbanding silibus yang lama. Ianya mengakibatkan murid-murid hilang keyakinan diri untuk lebih cemerlang. Kepelbagaian pendekatan penting untuk menarik minat murid dalam menguasai mata pelajaran ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji masalah dominan yang dihadapi oleh murid-murid yang bersekolah di kawasan luar bandar dalam mempelajari mata pelajaran Sains. Kajian menggunakan borang soal selidik kepada 98 orang murid tahun 6 yang bersekolah di sekitar Zon Jengka. Pencapaian akademik pula diukur berdasarkan jumlah markah peperiksaan (TOV) murid bagi penilaian akhir tahun serta target murid untuk pencapaian Sains. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid sekolah rendah di kawasan luar bandar terhadap mata pelajaran Sains adalah kerana sukar untuk memahami topik-topik yang dipelajari. Murid juga menghadapi masalah dalam mengaplikasikan dapatan uji kaji dengan kehidupan seharian. Situasi ini memberikan kesan terhadap minat dan daya tumpuan murid di dalam kelas dan seterusnya mempengaruhi motivasi serta minat murid terhadap mata pelajaran Sains. Hasil dari kajian ini diharapkan dapat membantu para pendidik membuat perancangan yang lebih terperinci dalam menarik minat serta tumpuan murid terhadap mata pelajaran Sains dan seterusnya membantu meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran Sains

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Mata pelajaran Sains, Masalah Pembelajaran, Daya tumpuan pelajar, Prestasi pencapaian murid
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 17 Sep 2021 07:57
Last Modified: 17 Sep 2021 07:57
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/32066
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item