Etika kerja Islam hubungannya dengan kemahiran kepimpinan dalam kalangan kepimpinan pelajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Qistina Balkis, Mohd Yusof (2021) Etika kerja Islam hubungannya dengan kemahiran kepimpinan dalam kalangan kepimpinan pelajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Masters thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, UNSPECIFIED: UNSPECIFIED).

[img]
Preview
Pdf
Etika kerja Islam hubungannya dengan kemahiran kepimpinan dalam kalangan kepimpinan pelajar.ir.pdf - Accepted Version

Download (748kB) | Preview

Abstract

Pemimpin pelajar yang efektif bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam sesuatu bidang malah memerlukan kemahiran dan keperibadian yang berkualiti terutama di universiti. Selaras dengan itu, kepimpinan pelajar ini juga diamanahkan dalam memelihara kepentingan dan kebajikan pelajar, merangka hala tuju fakulti dan universiti serta memastikan apa sahaja keputusan yang diambil memenuhi kehendak dan aspirasi pelajar. Namun, melalui buletin di universiti-universiti tempatan terdapat banyak kenyataan yang meragui dan mempertikaikan kepimpinan pelajar di universiti masing-masing. Isu dan pertikaian yang timbul mengenai etika dan salah laku kepimpinan pelajar ini semakin membimbangkan dan saban tahun semakin meningkat. Justeru, permasalahan ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia akan memberikan pengaruh dan contoh yang negatif kepada para pelajar yang lain. Maka, fokus kajian ini adalah untuk mengenalpasti nilai etika kerja Islam yang dipraktikkan oleh kepimpinan pelajar dalam kemahiran kepimpinan, mengukur tahap penguasaan kepimpinan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam kemahiran kepimpinan dan mengkaji hubungan yang signifikan antara Etika Kerja Islam dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan kepimpinan pelajar di Universiti Malaysia Pahang. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan maklum balas dari 139 orang responden yang terdiri dari kepimpinan pelajar dalam kalangan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Kolej serta Kelab di Universiti Malaysia Pahang (UMP), kampus Gambang. Sehubungan dengan itu, pengkaji menggunakan prosedur persampelan kebarangkalian iaitu teknik persampelan secara rawak berkelompok. Dapatan kajian dianalisa menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS Statistics) versi 23.0. Kaedah tafsiran skor min dan median digunakan bagi mengukur nilai etika kerja Islam yang dipraktikkan dalam kemahiran kepimpinan, serta tahap penguasaan kemahiran kepimpinan dalam kalangan kepimpinan pelajar UMP. Dalam pada itu, pengkaji juga menggunakan ujian korelasi Spearman Rho untuk menguji hubungan yang signifikan di antara etika kerja Islam dan kemahiran kepimpinan di UMP. Hasil kajian menunjukkan nilai-nilai etika kerja Islam seperti nilai usaha, kerja berpasukan kejujuran dan akauntabiliti ini telah dipraktikkan oleh kepimpinan pelajar di UMP dan berada pada julat skor min 4.28 dan median 4.18 pada tahap tinggi dan positif. Selain itu, hipotesis kajian diterima iaitu terdapat nilai etika kerja Islam yang dipraktikkan oleh kepimpinan pelajar UMP dalam kemahiran kepimpinan. Seterusnya, dapat dilihat bahawa tahap penguasaan kepimpinan pelajar UMP dalam kemahiran kepimpinan dengan nilai min 4.09 dan median 4.00 berada pada tahap yang tinggi dan positif. Oleh yang demikian, hipotesis kajian diterima iaitu tahap penguasaan kepimpinan pelajar UMP dalam kemahiran kepimpinan adalah tinggi. Manakala bagi Ujian Korelasi Spearman Rho pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kemahiran kepimpinan dan etika kerja Islam (nilai r = 0.873**, P= 0.000). Dalam analisis ini mendapati hipotesis kajian diterima. Oleh itu, berdasarkan kajian ini dapat disimpulkan bahawa kemahiran kepimpinan dan nilai etika kerja Islam perlu dipraktikkan di setiap universiti bagi melahirkan pemimpin pelajar yang efektif dan berjaya selaras dengan meningkatkan mutu kerja dan prestasi dalam kumpulan yang kecil dan organisasi pada masa kini dan masa yang akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (Master of Science) -- Universiti Malaysia Pahang – 2021, SV: DR. RASHIDI BIN ABBAS, CD: 12955
Uncontrolled Keywords: Etika kerja Islam, kemahiran kepimpinan
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mr. Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik
Date Deposited: 17 Aug 2022 02:48
Last Modified: 17 Aug 2022 02:48
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/34762
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item