Keberkesanan latihan TVET dan bantuan modal peralatan kepada golongan asnaf fakir dan miskin dalam peningkatan di negeri Pahang

Abdul Rahman, Talib and Hasan, Ahmad (2019) Keberkesanan latihan TVET dan bantuan modal peralatan kepada golongan asnaf fakir dan miskin dalam peningkatan di negeri Pahang. Jurnal Dunia Pengurusan, 1 (1). pp. 1-8. ISSN 2682-8251. (Published)

[img]
Preview
Pdf
JURNAL 2 DUNIA PENGURUSAN.pdf

Download (213kB) | Preview

Abstract

Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) iaitu Lembaga Zakat dan Baitulmal Negeri adalah merupakan agensi di peringkat negeri yang bertanggungjawab dalam urusan kutipan agihan zakat di Malaysia. Antara fungsi utama agensi zakat di Malaysia ialah mengagihkan bantuan zakat kepada 8 golongan asnaf termasuk fakir dan miskin. Menurut Statistik Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), kutipan zakat tahun 2015 seluruh Malaysia adalah sebanyak RM2,649,220,187.34 manakala agihan sebanyak RM2,748,748,491.33 Di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), agihan zakat 2015 untuk asnaf fakir dan miskin adalah sebanyak RM27,2877,499 berbanding dengan jumlah kutipan sebanyak RM 118,082,517.70. Antara tujuan agihan tersebut adalah melaksanakan program menjana pendapatan asnaf melalui penyediaan program latihan kemahiran dan vokasional (TVET) seperti kemahiran dalam jahitan, dandanan, masakan, pertukangan besi, elektrik dan pelbagai lagi kursus. Selain itu, MUIP turut memberikan bantuan modal peralatan seperti motosikal roda tiga, mesin jahit, oven dan sebagainya. Program yang dilaksanakan ini telah berjaya meningkatkan pendapatan golongan asnaf walaupun tidak dapat menurunkan jumlah fakir dan miskin secara mendadak. Malah terdapat di antara peserta yang menyertai program telah keluar daripada golongan asnaf dan memperolehi pendapatan sehingga RM 20,000.00 sebulan. Oleh itu, kajian ini akan mengemukakan penemuan keberkesanan hasil daripada latihan TVET dan bantuan modal peralatan kepada asnaf fakir dan miskin di Negeri Pahang berdasarkan kepada pemerhatian dan temu bual bersemuka dengan peserta program latihan TVET dan penerima bantuan modal peralatan. Hasil kajian ini, diharapkan akan membantu MUIP dalam menangani kemiskinan dan juga penyediaan program menjana pendapatan golongan asnaf fakir dan miskin di Negeri Pahang.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Majlis Agama Islam Negeri (MAIN); Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP); Agensi Mengurus Zakat (AMZ); Zakat; Latihan Kemahiran dan Vokasional(TVET); Fakir; Miskin, Bantuan Modal Peralatan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Miss. Ratna Wilis Haryati Mustapa
Date Deposited: 17 Feb 2023 09:44
Last Modified: 17 Feb 2023 09:44
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37039
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item