Reconditioning of waste polyolefin using dissolution/re- precipitation technique : a characterisation and modelling

Hadi, Arkan Jasim (2013) Reconditioning of waste polyolefin using dissolution/re- precipitation technique : a characterisation and modelling. PhD thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, Thesis advisor: Ghazi Faisal, Najmuldeen).

[img]
Preview
Pdf
Reconditioning of waste polyolefin using dissolutionbreprecipitation technique a characterisation and modelling.pdf

Download (5MB) | Preview

Abstract

Poliolefin tergolong dalam kumpulan termoplastik dan digunakan secara meluas dalam pelbagai aplikasi. Teknologi pembuangan sisa plastik semasa adalah kurang sesuai disebabkan oleh peraturan baru, peningkatan kos serta kebanyakkan polimer yang biasa digunakan tidak bersifat biodegradasi. Kaedah pemulihan mekanikal dan kimia masih menjadi kaedah pembuangan sisa plastik yang lestari. Gabungan kedua-dua kaedah pemulihan iaitu mekanikal dan kimia menjanjikan keuntungan jangka panjang yang besar, terutamanya berkaitan dengan pembuangan sisa poliolefin. Untuk memperolehi sifat-sifat yang diingini dalam poliolefin terawat bagi setiap teknik perlarutan, selektiviti, ketahanan dan kelestarian pelarut adalah sangat penting. Oleh itu, kajian ini bertujuan menghasilkan pelarut yang bersifat tahan lama dan lestari bagi proses pemulihan polietilena (PE) dan polipropilena (PP) terpakai menggunakan teknik perlarutan/pemendakan. Sisa poliolefin daripada LDPE, HDPE dan PP telah dilakukan proses pemulihan menggunakan satu set pelarut organik bukan-polar yang asli dan bercampur, pada pelbagai nisbah poliolefin dan pelarut. Polimer yang telah terpulih telah dibandingkan dengan polimer poliolefin asli. Produk-produk sisa komersial (beg, bekas pencuci, pipet makmal, bekas cecair kimia, beberapa bahan farmaseutikal dan produk-produk makanan runcit) dan model polimer telah digunakan sebagai bahan mentah. Pelarut organik baru dan yang teradun telah digunakan dalam kajian ini iaitu pelarut tulen mesitilena, turpentine, dan eter petroleum serta pelarut teradun seperti toluene, campuran xylene dan eter petroleum. Pemulihan polimer dengan menggunakan pelarut yang dicadangkan adalah lebih baik iaitu 94% untuk semua sampel dan untuk keadaan eksperimen yang berbeza-beza (seperti nisbah yang berbeza dan suhu-suhu pelarut). Sifat-sifat polimer ini dipengaruhi hasil kajian melalui FTIR, ketumpatan polimer, berat molekul, ciri-ciri haba (titik pencairan, haba campuran dan penghabluran) dan ciri-ciri mekanikal (tekanan pada beban maksima, tekanan pada hasil, kepanjangan pada sela masa dan modul-modul elastik).

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Thesis (PhD in Chemical Engineering (Separation Process) -- Universiti Malaysia Pahang – 2013, SV: DR. Ghazi Faisal Najmudeen
Uncontrolled Keywords: Plastic waste; Polyolefins
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Faculty/Division: Faculty of Chemical & Natural Resources Engineering
Depositing User: En. Mohd Ariffin Abdul Aziz
Date Deposited: 09 Mar 2023 01:40
Last Modified: 09 Mar 2023 01:40
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37232
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item