Pemberian nafkah wajib seorang wanita berpendapatan kepada kerabat dan hubungannya dengan tolakan zakat pendapatan

Mansor, S. and Ahmad, H. (2022) Pemberian nafkah wajib seorang wanita berpendapatan kepada kerabat dan hubungannya dengan tolakan zakat pendapatan. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 7 (2). pp. 28-34. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Obligatory expenditure by woman of means to her close relatives.pdf
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (387kB) | Preview

Abstract

Tulisan ini adalah berkenaan persoalan nafkah wajib seorang wanita yang memiliki harta sendiri kepada kaum kerabat dan hubungannya dengan tolakan zakat pendapatan. Ia dikemukakan memandangkan isu tolakan zakat merupakan perkara agak baharu dibincangkan di Malaysia dan masih terdapat aspek-aspek tolakan individu yang belum diperincikan dari perspektif fiqh. Oleh kerana itu, tujuan tulisan ini adalah mengkaji isu-isu berkenaan nafkah wajib seorang wanita terhadap kerabat mereka dari sudut fiqh seterusnya mencadangkan bentuk tolakan zakat pendapatan yang bersesuaian. Untuk itu, tulisan ini menggunakan kajian perpustakaan sepenuhnya untuk mencapai objektif yang telah digariskan tersebut. Antara rujukannya adalah bermula dengan kitab-kitab fiqh dalam koleksi fiqh Shafii, seterusnya diikuti dengan tulisan-tulisan fiqh yang menampilkan pandangan pelbagai mazhab serta tulisan-tulisan fiqh kontemporari sebagai perbandingan dan analisis yang lebih mendalam. Tulisan ini juga merujuk tafsir al-Quran dan al-Hadis bagi melihat dengan lebih mendalam nas-nas yang dijadikan rujukan oleh fuqaha’ dalam tulisan-tulisan yang telah dirujuk. Hasil daripada tulisan ini adalah penjelasan tentang tanggungjawab nafkah wajib seorang wanita kepada kerabat dalam kategori usul dan furu’ serta bentuk tolakan zakat yang sepatutnya. Tulisan ini juga mencadangkan pemberian zakat kepada kerabat yang terkeluar daripada kategori wajib nafkah untuk mereka serta cadangan kepada pihak berautoriti agar memudahkan pemberian zakat kepada golongan ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Nafkah wajib; Zakat; Had al-kifayah; Wanita berkerjaya
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Mrs Norsaini Abdul Samat
Date Deposited: 04 Apr 2023 06:27
Last Modified: 04 Apr 2023 06:27
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37398
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item