Ahmad Muhaimin, Mohamad and Rohana, Hamzah and Hadijah, Ahmad and Norizan, Yusof and Paridah, Mohd Ali and Muhammad Salehan Alhafiz, Mat Wajar (2023) Program sokongan kesihatan mental dalam talian: Analisis keperluan dan pembangunan. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi (e-JPI), 10 (1). pp. 33-49. ISSN 2289-7909. (Published)
|
Pdf
Program sokongan kesihatan mental dalam talian.pdf Available under License Creative Commons Attribution. Download (369kB) | Preview |
Abstract
Pandemik COVID-19 dikenal pasti mempunyai kaitan kepada kesihatan mental pelbagai latarbelakang individu termasuk pelajar. Ini kerana pelaksanaan kawalan pergerakan menyebabkan individu sukar bertemu secara fizikal bagi aktiviti sosial termasuk mendapatkan perkhidmatan sokongan kesihatan mental secara fizikal. Oleh itu, program sokongan kesihatan mental secara dalam taliandikenal pasti sebagai alternatif terbaik. Namun demikian, pembangunan platform program sokongan memerlukan kajian awalan bertujuan mengenal pasti kewujudan faktor keperluan dan panduan proses pembangunan berdasarkan tinjauan literatur. Kajian ini bertujuan mengenal pastikeperluan dan pembangunan portal program sokongan kesihatan mental bagi pelajar universitiyang seterusnya dijadikan panduan penghasilan portal sokongan kesihatan mental. Sejumlah 67 artikel dikenal pasti berdasarkan hasil carian di pangkalan data Google Scholar dengan menggunakan kombinasi kata kunci yang merujuk objektifkajian. Pendekatan kualitatif iaitu analisis isi kandungan artikel mendapati wujudkeperluan program sokongan kesihatan mental dalam talian disebabkan;situasi pasca-pandemik, perkembangan teknologi, dan perubahan generasiterutama dalam kalangan pelajar. Manakala model reka bentuk pembangunandikenalpasti perlumengandungi beberapa modul interaksi dan interaktif dengan prosedur mengikut standard perkhidmatan sokongan kesihatan mentalbertujuan penghasilan portal. Hasil perbincangan mencadangkan implikasi kajian kepada pihak pembangun portal perlu menggunapakai standard ditetapkan agensi berkelayakan diiktiraf bagi menghasilkan portal yang menyokong interaksi sosial secara interaktif.Institusi pendidikan dicadangkanmenyediakan portal sokongan kesihatan mentalkepada pelajar.Hasil kajian juga mencadangkan implikasi positif kewujudan portal sokongan kesihatan mental sebagai kegunaan umum
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kesihatan Mental; Sokongan Dalam Talian; Universiti; Pembangunan Portal; Program Sokongan Pelajar |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare |
Faculty/Division: | Center for Human Sciences Institute of Postgraduate Studies |
Depositing User: | Dr. Ahmad Muhaimin Mohamad |
Date Deposited: | 10 May 2023 04:02 |
Last Modified: | 10 May 2023 04:02 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37564 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |