Kesedaran Penghayatan Rukun Negara Asas Keutuhan Keluarga Malaysia Menurut Perspektif Islam

Mohamad Hilmi, Mat Said and Ahmad Muhaimin, Mohamad (2023) Kesedaran Penghayatan Rukun Negara Asas Keutuhan Keluarga Malaysia Menurut Perspektif Islam. In: Proceeding International Seminar On Islamic Education and Peace (ISIEP 2022) , 19 December 2022 , Universitas Islam Raden Rahmat Malang, Indonesia. pp. 126-132., 2 (2022). ISSN 2829-047X

[img]
Preview
Pdf
Kesedaran Penghayatan Rukun Negara Asas Keutuhan.pdf

Download (215kB) | Preview

Abstract

Islam merupakan agama rasmi Malaysia yang amat menitikberatkan perpaduan dalam kalangan rakyat dalam sesebuah negara. Manakala Rukun Negara adalah satu ideologi yang bertujuan untuk menstabilkan kedudukan kaum yang berbilang bangsa di tanah air Malaysia. Setelah berlaku perbalahan kecil di beberapa buah negeri dan kemuncaknya tercetus tragedi berdarah 13 Mei 1969, maka Majlis Perundingan Negara (MAPEN) telah membincangkan isu ini berbulan-bulan dan hasilnya Rukun Negara diwujudkan dan diisytihar pada ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13. Rukun Negara didapati telah berjaya dalam membentuk perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Namun pada tahun 2020 Malaysia tidak terlepas daripada ujian pandemik COVID-19 selama 2 tahun. Tidak dinafikan lagi bahawa impak negatif dari pandemik ini, Malaysia sekali lagi menghadapi ujian yang hampir sama pada tahun 1969. Namun, dengan kebijaksanaan kerajaan dan kesabaran rakyat, tiada tragedi pertumpahan darah berlaku. Walaubagaimanapun, isu perpaduan dan keharmonian rakyat kembali diuji dengan ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial. Semasa YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 melalui ucapan sulungnya, beliau menekankan konsep baharu iaitu Keluarga Malaysia.Namun, konsep yang beliau uar-uarkan ini jelas kelihatan menepati situasi yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia ketika ini. Penulisan ini bertujuan untuk menunjukkan kepentingan penghayatan ideologi Rukun Negara, amalan dan dilaksanakan demi mengukuhkan konsep Keluarga Malaysia. Ia membawa nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran yang menjadi asas keluarga besar ini. Sesungguhnya, elemen penghayatan Rukun Negara dan konsep Keluarga Malaysia adalah bertepatan dengan nilai-nilai murni yang ditekankan dalam Islam. Semoga negara kita terus memperoleh lindungan Ilahi dengan usaha bersama, kerajaan dan rakyat mengembalikan penghayatan Rukun Negara. Dengan ini, diharap Rukun Negara kembali segar dihayati menerusi konsep Keluarga Malaysia yang merentas sempadan kaum, adat dan agama dalam memulihkan negara dari impak negatif COVID-19.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Islam, Penghayatan, Rukun Negara dan Keluarga Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Institute of Postgraduate Studies
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 09 May 2023 09:02
Last Modified: 09 May 2023 09:02
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37571
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item