Masalah pembelajaran murid sekolah rendah luar bandar dalam mata pelajaran sains

Hasmiza, Yaakob and Muhammad Nubli, Abdul Wahab and Abdul Rashid, Abdul Aziz and Mohd Ropizam, Mohamad Zainun (2023) Masalah pembelajaran murid sekolah rendah luar bandar dalam mata pelajaran sains. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 8 (1). pp. 22-35. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Masalah pembelajaran murid sekolah rendah luar bandar.pdf
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (490kB) | Preview

Abstract

Penguasaan mata pelajaran Sains amat penting dalam kalangan murid sekolah rendah. Namun begitu, pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains dilihat agak merosot semenjak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan pada tahun 2016. Pelbagai pendekatan dilakukan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji masalah yang dihadapi oleh murid-murid sekolah luar bandar dalam mempelajari mata pelajaran Sains. Kajian menggunakan borang soal selidik kepada 98 orang murid tahun 6 yang bersekolah di sekitar Zon Jengka. Pencapaian akademik mereka pula diukur berdasarkan jumlah markah peperiksaan (TOV) murid bagi penilaian akhir tahun serta target murid untuk pencapaian Sains. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid sekolah rendah luar bandar terhadap mata pelajaran Sains adalah masalah sikap negatif terhadap mata pelajaran Sains. Sampel juga sukar untuk memahami topik-topik yang dipelajari. Sampel juga menghadapi masalah dalam mengaplikasikan dapatan uji kaji dengan kehidupan seharian. Situasi ini memberikan kesan terhadap penguasaan dan daya tumpuan murid di dalam kelas dan seterusnya mempengaruhi motivasi murid terhadap mata pelajaran Sains. Hasil dari kajian ini diharapkan dapat membantu para pendidik membuat perancangan yang lebih terperinci dalam mempelbagaikan pendekatan untuk meningkatkan tumpuan murid terhadap mata pelajaran Sains dan seterusnya membantu meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran Sains.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Science subjects; Learning problems; Students’ concentration; Academic achievement Science subjects
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mrs Norsaini Abdul Samat
Date Deposited: 14 Jun 2023 04:45
Last Modified: 14 Jun 2023 04:45
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37807
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item