Tuan Sidek, Tuan Muda and Ismail, Hasanuddin (2023) Maqasid syariah sebagai satu panduan dalam pengurusan warga emas Muslim di Malaysia. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 8 (1). pp. 42-49. ISSN 2289-7216. (Published)
|
Pdf
Maqasid syariah sebagai satu panduan dalam pengurusan warga emas.pdf Available under License Creative Commons Attribution. Download (344kB) | Preview |
Abstract
Warga emas ialah peringkat usia istimewa yang memerlukan pengurusan tersendiri. Peningkatan golongan ini dan perubahan gaya hidup masyarakat kontemporari menyebabkan pengurusan diri golongan ini perlu diberi perhatian. Di Malaysia, terdapat dasar dan strategi yang telah digubal dan dirangka dalam pengurusan warga emas berlandaskan pelbagai rujukan. Walau bagaimanapun, tidak disebut secara langsung ajaran Islam turut dijadikan sandaran dalam penggubalan tersebut tanpa dinafikan secara asasnya dasar dan strategi yang dibuat bermatlamat untuk mendatangkan kebaikan dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Walaupun begitu, sebagai satu agama yang syumul, Islam telah menyediakan panduan asas dalam pelbagai bentuk pengurusan termasuk pengurusan golongan warga emas. Sehubungan dengan itu, tulisan berbentuk konsep berkaitan maqasid syariah sebagai satu panduan dalam pengurusan warga emas Muslim di Malaysia dibuat bagi menjelaskan penggunaan pendekatan dan prinsip maqasid syariah dalam pengurusan warga emas khususnya yang beragama Islam. Tulisan ini berasaskan kepada data yang diperolehi melalui kajian yang bersifat kualitatif dari jenis kajian perpustakaan. Rujukan kepada sumber utama ajaran Islam serta prinsip-prinsip maqasid syariah dilakukan sebagai sandaran terhadap cadangan yang dikemukakan. Semoga tulisan ini dapat membantu kefahaman masyarakat dalam usaha menambah baik dan memperkasa pengurusan golongan ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Warga Emas; Pengurusan; Maqasid Syariah; Islam; Penjagaan diri |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Faculty/Division: | Institute of Postgraduate Studies Center for Human Sciences |
Depositing User: | Mrs Norsaini Abdul Samat |
Date Deposited: | 14 Jun 2023 05:16 |
Last Modified: | 14 Jun 2023 05:16 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37809 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |