Deal of the Century: Analisis Impaknya terhadap Proses Damai Israel-Palestin dan Kestabilan Timur Tengah

Mohd Roslan, Mohd Nor and Muhammad Khalis, Ibrahim (2023) Deal of the Century: Analisis Impaknya terhadap Proses Damai Israel-Palestin dan Kestabilan Timur Tengah. The International Journal of Islamic Studies, 45 (1). pp. 47-57. ISSN 0126-5636. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Deal of the Century Analisis Impaknya terhadap Proses Damai Israel-Palestin dan Kestabilan Timur Tengah.pdf - Published Version

Download (283kB) | Preview

Abstract

Semasa pentadbiran Trump, Amerika Syarikat telah mengemukakan satu pelan damai di Timur Tengah yang dikenali sebagai “Deal of the Century” (DOTC). DOTC merupakan pelan untuk mengemukakan “solusi” kepada konflik hubungan Israel-Palestin. Pelan tersebut telah mengundang pelbagai kritikan berikutan pentadbiran Trump yang mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Jerusalem. Apakah isi pelan damai tersebut dan bagaimanakan ia akan dilaksanakan? Mengapakah keputusan sedemikian telah diambil oleh Trump? Adakah Joe Biden yang kini menggantikan Trump sebagai Presiden AS akan meneruskan pelan DOTC tersebut? Bagi merungkai persoalan-persoalan ini, makalah ini bertujuan untuk mengkaji isi perjanjian tersebut dan menganalisis impaknya terhadap proses damai Israel-Palestin serta kestabilan di rantau Timur Tengah. Untuk mencapai objektif ini, analisis kandungan secara kritikal telah dibuat terhadap isi perjanjian DOTC serta laporan dan kajian sedia ada yang berkait dengan DOTC. Secara asasnya, isi perjanjian DOTC lebih memberi kelebihan kepada Israel, sekaligus menyerlahkan sikap AS yang pro-Israel. Ia akan menyukarkan lagi proses damai antara Israel dan Palestin kerana hanya menguntungkan satu pihak sahaja. Selain itu, DOTC turut berpotensi menyebabkan berlakunya proses pemetaan semula Timur Tengah dan mengundang penglibatan kuasa-kuasa di rantau tersebut. Makalah ini menghujahkan DOTC sebagai satu projek yang gagal kerana tidak mampu menarik pihak-pihak yang terlibat untuk ke meja rundingan. Perjanjian ini dijangka tidak akan diteruskan oleh Biden yang berkemungkinan akan mengemukakan pelan damai yang tersendiri.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Jerusalem; Trump; Deal of the Century (DOTC); Israel; Palestin; Timur Tengah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
D History General and Old World > DS Asia
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Miss Amelia Binti Hasan
Date Deposited: 21 Jun 2023 00:29
Last Modified: 21 Jun 2023 00:29
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37840
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item