Had Al-Kifayah Di Kalangan Masyarakat Islam: Merungkai Keperluan Kaedah Penentuan Garis Miskin Dan Kaya Berasaskan Sunnah Di Malaysia

Mansor, Sulaiman and Hasan, Ahmad and Ahmad Irfan, Ikmal Hisham and Noradilah, Md Nordin and Saharudin, Ramli (2013) Had Al-Kifayah Di Kalangan Masyarakat Islam: Merungkai Keperluan Kaedah Penentuan Garis Miskin Dan Kaya Berasaskan Sunnah Di Malaysia. In: Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiyah (Musnad 2) : Realiti dan Cabaran , 3-4 July 2013 , Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. pp. 1-14.. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (PBMSK-2013-Mansor-had al-kifayah)
PBMSK-2013-Mansor-had_al-kifayah.pdf

Download (230kB)

Abstract

Tulisan ini cuba mengutarakan salah satu konsep berasaskan Sunnah dalam ekonomi Islam iaitu konsep Had al-Kifayah (Garis kecukupan keperluan seseorang) yang disesuaikan dengan keperluan masyarakat Islam di Malaysia hari ini. Menerusi tulisan ini, pengkaji cuba mengenengahkan kelebihan konsep ini dalam menentukan garis pemisah antara miskin dan kaya dalam sesebuah negara berbanding dengan Paras Garis Kemiskinan yang digunapakai di Malaysia. Sehubungan itu, pengkaji akan mengutarakan dalil-dalil menerusi al-Quran dan al-Hadith serta analisis yang mengambil kira pandangan pelbagai ulama dalam pelbagai mazhab. Analisis ini seterusnya akan dibandingkan dengan konsep Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang digunakan di Malaysia. Seterusnya pengkaji akan mengutarakan hasil perbandingan ini meliputi penjelasan berkenaan kekuatan konsep Had al-Kifayah dalam pembangunan ekonomi sesebuah masyarakat. Akhirnya tulisan ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan dalam penentuan garisan yang memisahkan antara golongan miskin yang layak menerima zakat dan juga golongan kaya yang wajib mengeluarkan zakat menurut panduan berasaskan konsep Had al-Kifayah ini. Selain itu, ia juga diharapkan dapat memperlihatkan perbezaan antara panduan syariah dan bukan syariah dalam penentuan garis keperluan masyarakat dalam sesebuah negara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech)
Uncontrolled Keywords: Had al-Kifayah; Had kecukupan; Ekonomi Islam; Zakat; Paras Garis Kemiskinan (PGK)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 19 Jul 2013 02:55
Last Modified: 18 May 2018 01:22
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/3815
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item