Masalah pembelajaran matematik dan hubungan dengan skor hrv dalam kalangan pelajar sekolah rendah

Norshafariza, Mamat (2023) Masalah pembelajaran matematik dan hubungan dengan skor hrv dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, Thesis advisor: Muhammad Nubli, Abdul Wahab).

[img]
Preview
Pdf
ir.Masalah pembelajaran matematik dan hubungan dengan skor hrv dalam kalangan pelajar sekolah rendah.pdf - Accepted Version

Download (293kB) | Preview

Abstract

Penguasaan Matematik penting dalam pembelajaran pelajar sekolah rendah. Terdapat pelbagai punca kelemahan mereka dalam menguasai mata pelajaran ini. Kelemahan sikap dan daya tumpuan merupakan salah satu masalah pembelajaran pelajar. Salah satu ciri keupayaan pelajar dalam penguasaan pembelajaran adalah kebolehan mereka mengawal skor koheren “Heart Rate Variability – HRV”. Pengawalan koheren ini membolehkan individu mengawal emosi dan merangsang keupayaan untuk belajar dengan berkesan. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka masalah pelajar sekolah rendah luar bandar dalam pembelajaran Matematik, mengenalpasti perbezaan skor HRV dalam kalangan pelajar baik dan lemah pencapaian Matematik serta mengkaji kesan latihan biofeedback terhadap skor HRV dalam kalangan pelajar lemah pencapaian Matematik. Metod kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu analisis dokumen dan temubual untuk meneroka masalah pelajar dalam pembelajaran Matematik. Kajian juga menggunakan pendekatan kuantitatif kaedah kuasi eksperimental untuk meneroka perbezaan skor HRV dalam kalangan 28 orang pelajar baik dan lemah pencapaian Matematik, seterusnya, kajian pra dan pasca kumpulan latihan dan kawalan dengan 22 orang pelajar bagi meneroka kesan latihan HRV biofeedback terhadap pelajar lemah pencapaian Matematik. Dapatan kajian mendapati punca utama kelemahan pelajar dalam pencapaian Matematik adalah kelemahan penguasaan asas Matematik dan sikap dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan skor HRV antara pelajar yang baik dan lemah dalam pencapaian Matematik. Dapatan menunjukkan latihan biofeedback berupaya meningkatkan skor koheren HRV pelajar lemah pencapaian Matematik. Kajian merumuskan skor koheren HRV boleh dijadikan petunjuk terhadap ciri keupayaan penguasaan pelajar dalam pencapaian akademik. Dapatan mendapati latihan biofeedback berupaya meningkatkan skor koheren HRV pelajar lemah pencapaian Matematik dan ini menunjukkan peningkatan daya pengawalan emosi dan tumpuan pelajar. Rumusan kajian ini mengukuhkan agar guru mempelbagaikan pendekatan bagi membantu pelajar meningkatkan pencapaian pembelajaran Matematik sekolah rendah luar bandar dan kaedah latihan biofeedback berupaya membantu pelajar meningkatkan daya pengawalan emosi bagi membantu meningkatkan pengawalan emosi dan daya tumpuan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (Master of Science) -- Universiti Malaysia Pahang – 2023, SV: Prof. Dr. Muhammad Nubli Bin Abdul Wahab, NO.CD: 13336
Uncontrolled Keywords: Matematik, Heart Rate Variability (HRV)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mr. Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik
Date Deposited: 11 Dec 2023 10:40
Last Modified: 11 Dec 2023 10:40
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/39615
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item