“Tahi” dalam otak orang Melayu

Jamal Rizal, Razali and Hasmadi, Hassan and Jamilah Bebe, Mohamad (2023) “Tahi” dalam otak orang Melayu. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 8 (2). 34 -41. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Tahi dalam otak orang Melayu.pdf
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial.

Download (352kB) | Preview

Abstract

Kertas ini akan membincangkan fenomena pemberian nama kepada makanan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu. Pemberian nama atau penamaan adalah satu proses yang sangat penting kerana kita dapat mengenal sesuatu kerana “sesuatu” tersebut mempunyai “identiti” atau tanda pengenal. Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagai jenis makanan yang mempunyai nama-nama yang aneh dan bertentangan dengan sifat serta peranannya. Daripada perspektif linguistik kognitif, fenomena penamaan tersebut boleh dianalisis dan dikenalpasti melalui ketegangan semantik (semantic tension) antara (kata) sesuatu yang dinamakan dengan (kata) sesuatu yang menjadi rujukan. Hal ini demikian kerana telah berlaku proses pemindahan makna, peranan dan bentuk kata bagi memastikan maksud yang dikehendakinya dapat difahami, ditafsir dan dihayati oleh khalayaknya. Bagi mendapatkan gambaran mengenai fenomena dan proses yang berlaku, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bagi mengumpul dan menganalisis data. Daripada analisis yang dilakukan, terdapat pelbagai rujukan yang digunakan oleh penutur untuk menamakan makanan tersebut seperti nama binatang, perbuatan, orang dan sebagainya. Hal ini dapat dikaitkan dengan pengaruh persekitaran kerana penutur didapati menggunakan sumber terdekat dengannya sebagai rujukan utama untuk memperihalkan sesuatu. Selain itu, hal ini juga menunjukkan bahawa proses penggunaan bahasa (penamaan makanan) oleh komuniti bahasa (orang Melayu) sangat berkaitan dengan latar budaya mereka, yang seterusnya menjadi identiti mereka.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Identity; Source; Target; Conceptual metaphor; Traditional Malay food
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Center for Modern Languages
Depositing User: Mrs Norsaini Abdul Samat
Date Deposited: 18 Dec 2023 04:04
Last Modified: 14 Mar 2024 03:19
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/39682
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item