Keruntuhan akhlak umat Islam dan penyelesaian menurut Said Nursi dalam Risalah Al-Nur

Mohd Nasir, Ayub and Surita Hartini, Mat Hassan and Ramlan, Mustapha and Mohd Suhardi, Mat Jusoh and Mohammad Affendy, Omardin (2023) Keruntuhan akhlak umat Islam dan penyelesaian menurut Said Nursi dalam Risalah Al-Nur. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 8 (2). 122 -131. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Keruntuhan akhlak umat Islam dan penyelesaian menurut Said Nursi.pdf
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial.

Download (465kB) | Preview

Abstract

Nabi Muhammad SAW diutuskan adalah untuk memperbaiki akhlak manusia. Akhlak adalah cerminan sesebuah negara. Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang menjunjung nilai-nilai murni dan akhlak mulia. Persoalannya, adakah umat Islam hari ini benar-benar menghayati nilai-nilai akhlak yang ada dalam Islam yang boleh dicontohi oleh penganut agama lain? Adakah kemerosotan akhlak umat Islam hari ini berpunca daripada kejahilan mereka terhadap amalan agama mereka? Kajian ini cuba mengemukakan penyelesaian terhadap kemerosotan akhlak ummah menurut Said Nursi khususnya dalam tafsir Risalah al-Nur. Kajian ini adalah berbentuk kepustakaan dan akan dianalisis menggunakan kerangka analisis tekstual. Kajian ini mendapati penyelesaian terhadap kerosakan akhlak menurut Said Nursi ialah dengan memahami hakikat kejadian manusia, menghayati kepentingan Asma’ al-Husna serta memanfaatkan ilmu pengetahuan. Hal ini terbukti apabila Said Nursi dan tafsir Risalah al-Nur berjaya mempengaruhi pembentukan akhlak umat Islam di Turki pada masa itu serta membentuk gagasan pemikiran Islam yang lebih tulin, setelah beberapa abad diresapi faham Sekularisme di bawah kemimpinan Presiden Mustafa kamal al-Tarturk.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Moral decline; Muslims; Solution; Said Nursi; Risalah al-Nur
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Faculty of Civil Engineering Technology
Depositing User: Mrs Norsaini Abdul Samat
Date Deposited: 18 Dec 2023 07:39
Last Modified: 18 Dec 2023 07:39
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/39689
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item