Pola pencapaian hasil pembelajaran (penilaian berkumpulan): Analisis pengajaran dan pembelajaran dalam talian tempoh PKP

Ahmad Muhaimin, Mohamad (2023) Pola pencapaian hasil pembelajaran (penilaian berkumpulan): Analisis pengajaran dan pembelajaran dalam talian tempoh PKP. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 8 (2). pp. 1-10. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Pola pencapaian hasil pembelajaran (penilaian berkumpulan).pdf
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial.

Download (437kB) | Preview

Abstract

Hasil pembelajaran adalah pengukur pencapaian kursus atau program mengguna pakai instrumen seperti kuiz, ujian, tugasan, dan peperiksaan sama ada secara individu atau berkumpulan. Praktis normal pelaksanaan penilaian adalah secara fizikal. Namun perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 menyebabkan pelaksanaan penilaian secara dalam talian sepenuhnya. Persoalannya, adakah prestasi pencapaian penilaian konsisten meningkat atau menurun seiringan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran dalam talian (PdPDT) lantaran pelbagai cabaran akibat pandemik? Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti pola dan perbezaan pencapaian hasil pembelajaran sepanjang semester dalam tempoh pandemik. Data (skor) diperoleh dari tugasan berkumpulan mengukur satu hasil pembelajaran dari sejumlah 4438 pelajar yang mendaftar sepanjang 4 semester kajian semasa tempoh PKP. Eksplorasi data mendapati data bertabur secara tidak normal. Oleh itu, analisis deskriptif dan ujian analisis variasi bukan-parametrik dilakukan berbantukan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Analisis deskriptif menunjukkan pola menurun dan mendatar bagi penilaian berkumpulan dengan analisis variasi mendapati wujud perbezaan signifikan pencapaian mengikut semester dengan p = 0.000. Hasil kajian mencadangkan pelbagai pendekatan P&P terutama sokongan pengajar, institusi, dan interaksi sosial bertujuan mencapai keberhasilan pembelajaran berbentuk kumpulan bagi subjek, kursus, dan program.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Learning outcome; Online teaching and learning; Movement control order; Group learning assessment; Compulsory university subject
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Dr. Ahmad Muhaimin Mohamad
Date Deposited: 15 Jan 2024 01:05
Last Modified: 15 Jan 2024 01:05
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/39991
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item