Penggunaan modul GALUS berbantukan latihan biofeedback terhadap prestasi pelajar di sekolah rendah

Ahmad, Omar (2023) Penggunaan modul GALUS berbantukan latihan biofeedback terhadap prestasi pelajar di sekolah rendah. PhD thesis, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Contributors, Thesis advisor: Muhammad Nubli, Abdul Wahab).

[img]
Preview
Pdf
ir.AHMAD BIN OMAR_PBS15007.pdf - Accepted Version

Download (842kB) | Preview

Abstract

Pelajar GALUS adalah kumpulan pelajar yang lemah dalam pelajaran, di mana mereka berada dalam kumpulan pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan. Pelbagai teknik digunakan untuk meningkatkan prestasi mereka dalam akademik. Penggunaan latihan Biofeedback merupakan salah satu Teknik yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi akademik di kalangan pelajar GALUS di Malaysia. Kebolehubahan Kadar Jantung (HRV) Biofeedback menunjukkan aplikasi yang berpotensi dalam peningkatan prestasi. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana teknik latihan Biofeedback dapat digunakan untuk meningkatkan prestasi akademik di kalangan pelajar GALUS di sekolah rendah melalui kesan latihan Biofeedback HRV dan Modul Latihan Matematik. Kajian ini memberi tumpuan kepada pembinaan dan penggunaan modul latihan Biofeedback untuk membantu pelajar mencapai koheren HRV. Teknik-teknik yang digunakan dalam latihan ini meliputi penggunaan latihan zikir, latihan permainan puzzle, ujian Stroop dan latihan pernafasan resonan untuk mencapai ketenangan fikiran, emosi dan hati, meningkatkan penumpuan serta meningkatkan skor koheren HRV di kalangan peserta. Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar GALUS seramai 40 orang pelajar GALUS di negeri Pahang, Malaysia sebagai sampel kajian. Subjek dipilih secara rawak dibahagikan kepada Kumpulan Latihan (n = 20) dan Kumpulan Kawalan (n = 20). Para pelajar diberi latihan dalam Modul Latihan GALUS Matematik dan menerima lima sesi latihan Biofeedback HRV sepanjang kajian dan sebanyak 3 minit data direkodkan setiap satu sesi. Data perubahan diri yang dikumpul melibatkan analisis skor spektrum kuasa HRV: VLF, LF, dan HF, manakala ujian pra dan ujian pos digunakan untuk mengukur peningkatan prestasi akademik pelajar. Kaedah temubual bersama guru-guru dan analisis dokumen dijalankan bagi mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan program GALUS di sekolah-sekolah. Berdasarkan kepada temubual dan analisis dokumen didapati semua sekolah menjalankan program GALUS dengan pelbagai cara dan kaedah. Peningkatan skor min bagi ujian pra dan ujian pos dari 8.70 kepada 14.45 untuk kumpulan latihan menunjukkan peningkatan berbanding dengan kumpulan kawalan, hanya 6.50 kepada 9.35. Analisis statistik korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan antara peningkatan akademik dan skor HRV. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara prestasi akademik dan profil HRV di kalangan pelajar, iaitu dengan skor 0.677-1.00. Ini menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai keupayaan pengawalan diri dan emosi yang baik mampu mengendalikan tekanan dengan lebih baik serta mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk berjaya dalam akademik. Sebagai kesimpulan, dapat dikatakan bahawa latihan Biofeedback HRV boleh dipraktikan kepada pelajar GALUS dalam meningkatkan tahap pengawalan diri dan prestasi akademik dan juga sebagai alternatif kepada guru untuk menjalankan program intervensi kepada pelajar.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Thesis (Doctor of Philosophy) -- Universiti Malaysia Pahang – 2023, NO. CD: 13471, SV: Prof. Dr. Muhammad Nubli Bin Abdul Wahab
Uncontrolled Keywords: Heart Rate Variability (HRV) Biofeedback
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mr. Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik
Date Deposited: 06 Jun 2024 03:14
Last Modified: 06 Jun 2024 03:14
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/41482
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item