Yuserrie, Zainuddin (2023) Amanat Naib Canselor 2023 - "Melestarikan Kecemerlangan Teknologi untuk Masyarakat". In: Majlis Amanat Naib Censelor UMP 2023, 23 Febuari 2023, Dewan Serbaguna, UMP Pekan.
|
Pdf
Amanat Tahunan NC UMP 2023.pdf Download (425kB) | Preview |
|
|
Pdf
SLIDE AMANAT NAIB CANSELOR 2023.pdf Download (20MB) | Preview |
Abstract
1. Alhamdulillah, saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-Nya, maka saya berpeluang untuk bertemu warga UMP untuk menyampaikan amanat saya untuk tahun 2023 pada pagi ini. 2. Justeru, saya ingin terlebih dahulu mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga kerja dan mahasiswa UMP serta para hadirin yang menyertai sesi amanat pada pagi ini. 3. Walaupun telah 54 hari kita berada di dalam tahun 2023 ini, saya harap semangat dan resolusi tahun baharu yang kita telah tekadkan akan terus menyala dan menyuluhi sepanjang perjalanan kita untuk tahun ini. 4. Saya percaya, kita semua telah sama-sama mendengar Amanat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menerusi enam (6) nilai teras MADANI iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan sebagai tonggak dasar dalam memperkukuh Ekonomi dan Kewangan, Perundangan, Institusi, Pendidikan, Kemasyarakatan, Budaya, Bandar dan Luar Bandar yang menjadi panduan mengurus negara yang kita cintai. 5. Pelaksanaan konsep Malaysia Madani ini turut menyentuh keperluan meneroka aspek pendidikan yang merupakan usaha untuk meningkatkan martabat rakyat dan negara ini bagi memastikan ilmu menjadi keutamaan sekali gus melahirkan masyarakat Malaysia yang tinggi dengan budaya ilmu. Ini termasuklah untuk melaksanakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berimpak tinggi secara holistik. 6. Kita juga telah mengikuti Perutusan Tahun Baharu 2023 oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin khususnya terhadap 11 perkara fokus dalam memulih dan meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kualiti pendidikan tinggi negara. Antaranya, termasuklah melakukan rombakan terhadap ekosistem TVET nasional, kualiti dan kecemerlangan akademik dan pemerkasaan mahasiswa. 7. Dunia ketika ini berdepan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi seperti mana yang diungkapkan dalam Amanat Yang Berhormat Menteri KPT merentasi masalah pandemik, ekonomi dan ledakan teknologi. Walau bagaimanapun, sebagai institusi keilmuan dengan kesarjanaan yang dimiliki, kita mengambil langkah proaktif bagi mendepani cabaran ini dengan mempersiapkan diri dengan menerokai bidang-bidang kritikal yang terkesan dengan cabaran global. 8. Sehubungan itu, pada hari ini saya berhasrat untuk merencana dan beriltizam bagi meneruskan agenda kecemerlangan universiti menjadi sebuah universiti teknologi terunggul menjelang tahun 2050.
Item Type: | Speech |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Naib Canselor; Majlis Amanat; Melestarikan Kecemerlangan; Teknologi untuk Masyarakat |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > L Education (General) |
Faculty/Division: | Vice Chancellor's Office |
Depositing User: | Miss Amelia Binti Hasan |
Date Deposited: | 25 Jun 2024 03:31 |
Last Modified: | 25 Jun 2024 03:31 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/41558 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |