Keberkesanan modul LIQA (latihan intensif hafazan Al-Quran) dari aspek tahap reka bentuk: Satu tinjauan

Mohd Hasdi, Mohamed and Rashidi, Abbas (2024) Keberkesanan modul LIQA (latihan intensif hafazan Al-Quran) dari aspek tahap reka bentuk: Satu tinjauan. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 9 (1). pp. 68-75. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Keberkesanan modul LIQA_latihan intensif hafazan Alquran.pdf
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial.

Download (957kB) | Preview

Abstract

Modul LIQA merupakan bahan bantu dalam bidang tahfiz Al-Quran. Ia juga berfungsi sebagai buku kerja dan bahan latihan bagi yang ingin menghafaz Al-Quran. LIQA adalah akronim kepada Latihan Intensif Hafazan Al-Quran. Modul LIQA diperkenalkan melalui seminar, kem dan bengkel hafazan yang diadakan di seluruh Malaysia. Ianya disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat yang melibatkan murid pra-sekolah, sekolah rendah, menengah, remaja, dewasa dan golongan berusia. Selain masjid-masjid dan surau-surau, bengkel hafazan Modul LIQA dianjurkan juga oleh agensi-agensi pendidikan seperti KAFA (Kelas Al-Quran & Fardhu Ain), persatuan-persatuan dan institusi-institusi pengajian tinggi. Dari segi penggunaan pula, Modul LIQA digunakan secara meluas khususnya di negeri Pahang yang melibatkan, kelas-kelas KAFA, sekolah-sekolah menengah agama dan institusi serta organisasi yang mengadakan kurikulum tahfiz Al-Quran. Kajian ini bertujuan meninjau sejauhmanakah keberkesanan Modul LIQA dari segi tahap rekabentuk. Kajian dijalankan dengan mengedarkan soalselidik kepada 30 orang pelajar di Sekolah Menengah Agama Al-Maarif dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan. Keputusan kajian yang diperolehi dengan menggunakan ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) iaitu satu perisian memproses data yang digunakan secara berkomputer. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan Modul LIQA dari segi tahap rekabentuk berada pada tahap skor yang tinggi, dengan keseluruhan julat min item adalah antara 3.67–5.00. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan berkaitan rekabentuk Modul LIQA agar lebih memuaskan dan memenuhi keperluan semasa dalam bidang tahfiz Al-Quran.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Memorization; Tilawah Al-Quran; Memorization module; Module development; Module effectiveness
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mrs Norsaini Abdul Samat
Date Deposited: 09 Sep 2024 04:43
Last Modified: 09 Sep 2024 04:43
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/42534
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item