Keberkesanan program pendidikan KAFA dalam pembangunan adab dan kerohanian murid: Kajian di daerah Kuantan

Nuruddin Zanki, Hamzah and Mohd Suhardi, Mat Jusoh and Atikah, Ade Hamzah (2024) Keberkesanan program pendidikan KAFA dalam pembangunan adab dan kerohanian murid: Kajian di daerah Kuantan. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 9 (1). pp. 76-81. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Keberkesanan program pendidikan KAFA dalam pembangunan adab.pdf
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial.

Download (317kB) | Preview

Abstract

Perlaksanaan Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dilaksanakan bermula tahun 1990 yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia serta Kerajaan Negeri. Objektif perlaksanaannya adalah untuk menyelesaikan masalah ketidakmampuan murid-murid membaca al-Quran, menguasai perkara-perkara asas fardhu ain, dan pembentukan sahsiah. Walaupun kelas KAFA telah lama dilaksanakan, namun keberkesanan perlaksanaannya masih lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ibubapa iaitu sejauhmana murid-murid KAFA dapat membaca Al-Quran dengan baik, mengamalkan ajaran Al-Quran dan tuntutan fardu ain secara istiqamah serta membudayakan adab-adab Islam dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, kajian ini ingin mengenalpasti elemen-elemen pembangunan adab dan nilai-nilai kerohanian murid, bentuk program kerohanian yang dilaksanakan serta faktor-faktor yang menghalang keberkesanan program KAFA dalam aspek pembangunan adab dan kerohanian murid-murid. Secara khusus, kajian ini menggunakan metod kajian kualitatif iaitu data-data kajian awal diperolehi dengan cara menganalisis dapatan-dapatan kajian lepas bagi membangunkan kerangka teori kajian ini. Dapatan awal kajian ini menunjukkan terdapat tiga faktor utama dalam menentukan keberkesanan program pendidikan KAFA dalam kalangan murid-murid iaitu penekanan kepada aspek pembangunan adab dan nilai-nilai kerohanian, program kerohanian dilaksanakan secara konsisten serta komitmen para guru KAFA dalam membangunkan sahsiah murid-murid KAFA.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Effectiveness; KAFA education; Development of manners; Spirituality; Fardhu Ain
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mrs Norsaini Abdul Samat
Date Deposited: 09 Sep 2024 04:50
Last Modified: 09 Sep 2024 04:50
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/42535
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item