Analisis keperluan pembelajaran reka bentuk dan teknologi berteraskan pendekatan integrasi ilmu untuk meningkatkan pemikiran inovatif positif

Zaipah, Ismail and Aede Hatib, Musta’amal @ Jamal and Nornazira, Suhairom and Rohana, Hamzah (2024) Analisis keperluan pembelajaran reka bentuk dan teknologi berteraskan pendekatan integrasi ilmu untuk meningkatkan pemikiran inovatif positif. In: e-Proceedings of the Multidisciplinary International Conference 2024 (MIC 2024). Multidisciplinary International Conference 2024 , 12-13 November 2024 , Virtual, Online. pp. 1-11.. ISBN 978-629-99566-3-1 (Published)

[img]
Preview
Pdf
Intro - e-Proceeding MIC 2024[1].pdf

Download (213kB) | Preview
[img]
Preview
Pdf
Analisis keperluan pembelajaran reka bentuk dan teknologi berteraskan pendekatan integrasi ilmu untuk meningkatkan pemikiran inovatif positif.pdf

Download (347kB) | Preview

Abstract

Pendidikan berperanan dalam menyediakan generasi milenia dalam menghadapi era digital dengan mengembangkan potensi diri individu secara seimbang dan menyeluruh. Namun, cabarannya era digitalisasi ini turut mendorong murid ke arah melakukan inovatif negatif. Aktiviti inovatif negatif yang dilakukan oleh segelintir murid menjadi semakin meningkat dalam masyarakat masa kini. Oleh itu, terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan pemikiran inovatif positif murid. Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan mata pelajaran yang memberi penekanan aspek inovatif dan kreatif untuk menghasilkan produk yang bermanfaat. Namun, proses pengajaran dan pembelajaran sering mengabaikan aspek spiritual, sedangkan aspek ini memainkan peranan penting dalam pembentukan pemikiran inovatif positif dan akhlak murid yang sejahtera. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan pembelajaran RBT berteraskan pendekatan integrasi ilmu spiritual untuk meningkatkan pemikiran inovatif positif murid. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual bagi mendapatkan data daripada tujuh orang sampel kajian yang terdiri daripada pakar dalam bidang integrasi ilmu, Teknik dan Vokasional. Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati bahawa semua pakar bersetuju pelaksanaan pembelajaran berteraskan pendekatan integrasi ilmu spiritual dalam mata pelajaran RBT perlu dilaksanakan supaya dapat meningkatkan pemikiran inovatif positif murid dan melahirkan murid berakhlak mulia seperti mana yang diinspirasikan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Malah, penyelidikan ini bukan sahaja berhasrat untuk merealisasikan FPK tetapi juga sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG 9 (Industri, Inovasi dan Infrastruktur).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Reka Bentuk dan Teknologi; Pembelajaran; Pemikiran Inovatif Positif
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Miss Amelia Binti Hasan
Date Deposited: 10 Jan 2025 03:21
Last Modified: 10 Jan 2025 03:21
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/43563
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item