Penerokaan konsep individualisme dan kolektivisme dalam mencapai kegembiraan

Abdul Rashid, Abdul Aziz and Muhammad Nubli, Abdul Wahab and Sabihah, Johan and Amin Al Haadi, Shafie and Nur 'Ain, Mustafar (2024) Penerokaan konsep individualisme dan kolektivisme dalam mencapai kegembiraan. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 9 (2). 102 -110. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Penerokaan konsep individualisme dan kolektivisme dalam mencapai kegembiraan.pdf
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial.

Download (420kB) | Preview

Abstract

Kegembiraan merupakan elemen penting yang menjadi tumpuan dan matlamat manusia pada hari ini. Dalam era globalisasi dan kepesatan ekonomi, manusia tidak terkecuali menerima tempias tekanan dalam pekerjaan, pencapaian status diri dan masalah perhubungan dengan orang lain. Oleh yang demikian, kegembiraan menjadi medium yang dapat meningkatkan kesejahteraan elemen psikologi manusia. Dalam mencapai hasrat ini, elemen budaya menjadi faktor penting. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh budaya melalui konstruk individualisme dan kolektivisme terhadap kegembiraan individu. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian skop. Dapatan kajian mendapati bahawa konstruk individualisme dan kolektivisme yang wujud dalam budaya seseorang itu akan mempengaruhi pencapaian kendiri mereka dan seterusnya menentukan aspek kegembiraan individu tersebut. Justeru, pemahaman terhadap konsep budaya ini adalah signifikan dalam memahami keperluan dan hasrat manusia bagi mencapai kegembiraan. Seterusnya, ia dapat dijadikan sebagai garis panduan dan asas dalam perhubungan menolong dan pembentukan dasar yang berkaitan dengan peningkatan mobiliti sosial dan kualiti hidup manusia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Individualism; Collectivism; Culture; Happiness; Individualisme
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HM Sociology
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Mrs Norsaini Abdul Samat
Date Deposited: 28 Feb 2025 03:30
Last Modified: 28 Feb 2025 03:30
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/43930
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item