Faktor pengaruh taraf kehidupan asnaf di bawah program prihatin asnaf Masjid Lama Permatang Badak, Kuantan

Mohamad Hilmi, Mat Said and Noryanti, Muhammad and Norsuhaila, Musa (2024) Faktor pengaruh taraf kehidupan asnaf di bawah program prihatin asnaf Masjid Lama Permatang Badak, Kuantan. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 9 (2). pp. 111-115. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Faktor pengaruh taraf kehidupan asnaf.pdf
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial.

Download (472kB) | Preview

Abstract

Pasca covid telah menyaksikan perubahan terhadap taraf kehidupan masyarakat disebabkan kesan COVID 19 yang melanda Malaysia selama lebih kurang dua tahun. Pengkaji terpanggil untuk membuat satu kajian terhadap faktor yang mempengaruhi taraf kehidupan asnaf di bawah program prihatin asnaf Masjid Lama Permatang Badak (MLPB), Kuantan Pahang. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana faktor-faktor yang membawa kemiskinan yang disebut dalam Kitab al-Adab karangan Al-Habib Zain Bin Ibrahim menepati situasi Asnaf itu sendiri. Melalui kitab tersebut muka surat 324, no 34, bertajuk Adab Ketika Dalam Keadaan Miskin dan Kaya di bawah sub topik “Adab ketika dalam Keadaan Miskin” yang menyenaraikan 14 faktor yang boleh membawa kepada kemiskinan. Adakah senarai 14 faktor tersebut terdapat dalam diri para asnaf zakat MLPB atau sebaliknya. Bagi tujuan kajian ini pengkaji telah berusaha membina instrument berupa soal selidik hasil olahan dari 14 faktor yang dinyatakan dalam Kitab tersebut. Kajian peringkat awal ini dilakukan kepada 30 asnaf terpilih untuk mengisi borang soal selidik tersebut. Hasil dapatan dari soal selidik yang dibangunkan tersebut di dapati 14 faktor yang membawa kemiskinan tersebut mempunyai asasnya. Namun, oleh kerana pengolahan soal selidik yang masih diperingkat awal dan kaedah pengisian borang oleh asnaf yang kurang sempurna, maka pengkaji mendapati dapatan kajian ini masih boleh ditambah baik. Penambahbaikan yang dicadangkan ialah dengan pengolahan atau kemaskini soalan soal selidik yang lebih baik, bilangan asnaf yang lebih ramai dan kaedah atau panduan mengisi borang soal selidik oleh asnaf yang lebih tuntas dan mesra responden.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Asnaf zakat; Poverty factor; Kitab al-Adab
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mrs Norsaini Abdul Samat
Date Deposited: 28 Feb 2025 03:43
Last Modified: 28 Feb 2025 03:43
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/43931
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item