Pembahagian waktu solat menurut Kitab al-Iqna’ Fi Hal al-Alfaz Abi Shuja’

Mohd Zahid Ridzuan, Mohd Zulkifly and Ahmad Irfan, Ikmal Hisham and Mansor, Sulaiman (2024) Pembahagian waktu solat menurut Kitab al-Iqna’ Fi Hal al-Alfaz Abi Shuja’. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 9 (2). 146 -152. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Pembahagian waktu solat menurut kitab Al-Iqna.pdf
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial.

Download (378kB) | Preview

Abstract

Dalam perbahasan waktu solat fardu, umum membahagikannya kepada dua kategori iaitu “awal waktu” dan “akhir waktu”. Namun demikian, dalam perbahasan fiqh Mazhab Shafie, terdapat beberapa kategori waktu lain yang dibahaskan secara lebih terperinci. Pembacaan karya lama untuk diadaptasi dalam dunia moden menimbulkan sedikit kekeliruan khasnya daripada aspek definisi operasi setiap kategori solat berkenaan. Sedikit sebanyak, umat Islam keliru dalam memahami pembutiran waktu solat tambahan berkenaan. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kajian teks tematik. Pengkaji membuat penelitian teks dengan memilih kitab al-Iqna’ Fi Hal al-Alfaz Abi Shuja’ yang ditulis oleh al-Khatib al-Syarbini yang merupakan rujukan utama mazhab Shafie. Pengkaji mendapati terdapat beberapa lagi waktu solat dalam mazhab Shafie yang dalam konteks hisab moden, masih belum diperkenalkan. Terdapat tujuh kategori pembahagian waktu yang dinyatakan di dalam kitab tersebut iaitu waktu fadhilah, waktu ikhtiar, waktu jawaz, waktu uzur, waktu haram, waktu darurah dan waktu makruh. Kitab tersebut ada juga memberi garis panduan dengan menggunakan kedudukan matahari dan sifat cahaya di langit dalam membuat pembahagian waktu solat tersebut. Empat daripada tujuh kategori yang dinyatakan merupakan pembahagian waktu solat yang terdapat di dalam setiap lima jenis solat fardu dan tiga kategori selebihnya, merupakan sifat ke waktu solat sekiranya solat dilakukan di dalam tiga waktu tersebut. Berdasarkan dapatan ini, dicadangkan kajian susulan yang membantu kiraan astrometri terhadap kesemua empat kategori pembahagian waktu solat tersebut dan seterusnya memasukkannya ke dalam takwim waktu solat. Ini akan memudahkan masyarakat untuk mengawasi waktu solat mereka seterusnya mencapai aspirasi Matlamat Pembangunan Lestari PBB (SDG) dengan mencapai matlamat SDG 3, iaitu kesihatan yang baik dan kesejahteraan dengan melaksanakan solat pada waktu terbaik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Waktu solat; Waktu afdal; Kategori waktu solat; al-Syarbini
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Mrs Norsaini Abdul Samat
Date Deposited: 05 Mar 2025 04:14
Last Modified: 05 Mar 2025 04:14
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/43985
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item