Naqiah, Puaad (2025) Inovasi pensyarah UMPSA permudah automasi ladang dan akuakultur melalui SELESAI Board menang emas di ITEX 2025. UMPSA News . pp. 1-4.
|
Pdf
Inovasi pensyarah UMPSA permudah automasi ladang dan akuakultur melalui SELESAI Board menang emas di ITEX 2025.pdf Download (374kB) | Preview |
Abstract
PEKAN, 10 Julai 2025 – Inisiatif penyelidikan berimpak tinggi dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) membuahkan hasil apabila inovasi teknologi automasi pintar berasaskan Internet of Things (IoT) yang dikenali sebagai SELESAI Board meraih pingat emas di ITEX 2025. Inovasi itu adalah hasil ciptaan pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), Dr. Mohd Azraai Mohd Razman. Sistem automasi berdaya saing ini dibangunkan khusus bagi menyokong keperluan usahawan tani dan akuakultur kecil dan sederhana. Inovasi itu juga turut dapat membantu menyelesaikan cabaran yang dihadapi dalam operasi harian seperti penyiraman tanaman, pemberian baja dan makanan ikan. Menurut Dr. Mohd Azraai, idea penghasilan produk ini telah bermula sejak tahun 2020 ketika negara berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi impak besar kepada sektor pertanian dan perikanan air tawar.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Inovasi pensyarah UMPSA |
Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) T Technology > T Technology (General) |
Faculty/Division: | Vice Chancellor's Office |
Depositing User: | Mrs. Nor Farhana Abdul Kadir |
Date Deposited: | 18 Jul 2025 07:59 |
Last Modified: | 18 Jul 2025 07:59 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45120 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
![]() |
View Item |