Azizan, Ramli and Tuan Sidek, Tuan Muda (2010) Pembangunan teknologi dan konservasi alam di dalam perspektif Islam. In: International Conference on Arts, Social Sciences and Technology 2010 , 2010 , The Gurney Hotel, Pulau Pinang. pp. 1-12.. (Unpublished)
Pdf
Pembangunan Teknologi dan Konservasi Alam Di dalam Perspektif Islam.pdf Restricted to Repository staff only Download (6MB) | Request a copy |
Abstract
Manusia sedang berhadapan dengan empat situasi kritikal dalam memenuhi agenda kesinambungan tamadun mereka iaitu; populasi yang semakin meningkat, pembangunan yang pesat, keharmonian sejagat, dan a/am sekitar. Kesepakatan kita dalam mencari kataputus terhadap empat isu kritikal ini masih lagi jauh bahkan konsensus-konsensus yang dibuat masih lagi bersifat berkepentingan. Walaupun pelbagai program telah dan sedang dijalankan sama ada dalam wadah diskusi ilmiah, perbahasan politik sehinggalah kepada persidangan antarabangsa, namun titik noktah kepada penyelesaian masih lagi suatu perdebatan. A/am dan khazanah semulajadinya sentiasa dihambat aktiviti antropogen pembangunan dan pemodenan. Kerakusan tanpa panduan adalah halangan utama yang wajib menjadi agenda penyelesaian manusia dalam mengembalikan kestabilan dan kelangsungan hidup mereka. Permasalahan pemanasan global akibat pelepasan gas-gas rumah hijau, krisis tenaga, dan pencemaran sumber air adalah di antara masalah dominan global yang menjadi begitu signifikan semenjak beberapa abad yang lalu. Ajaran Islam yang bersifat komprehensif menyediakan solusi. Ianya tidak sekali-kali mengasingkan pengurusan perkara 'duniawi ' dengan perkara 'ukhrawi '. Art ike! ini membincangkan bagaimana Islam amat mementingkan keseimbangan dan integrasi antara kedua-duanya agar segala pengurusan, pembangunan teknologi, pemodenan mahupun perindustrian dapat mendatangkan kebaikan kepada semua pihak serta dapat mengukuhkan kehidupan manusia sama ada dari sudut fizikal mahupun spiritual.Perbincangan juga mengemukakan beberapa contoh aktiviti "mesra a/am" yang dianjurkan oleh Islam dan peristiwa-peristiwa yang berlaku disepanjang sejarah Rasulullah s.a. w.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Lecture) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Alam; Islam; Lestari |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc T Technology > T Technology (General) |
Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences Faculty of Chemical & Natural Resources Engineering |
Depositing User: | Mrs. Neng Sury Sulaiman |
Date Deposited: | 16 Jul 2018 06:21 |
Last Modified: | 07 Sep 2021 00:53 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21315 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |