Tahap kesediaan guru Pendidikan Islam dalam pentaksiran dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sekolah rendah

Artika Rasul, Sulaiman and Hasmadi, Hassan (2019) Tahap kesediaan guru Pendidikan Islam dalam pentaksiran dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sekolah rendah. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1 (6). pp. 1-7. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Tahap kesediaan guru Pendidikan Islam.pdf

Download (425kB) | Preview

Abstract

Kesediaan terhadap perubahan corak pentaksiran dalam bilik darjah merupakan titik tolak kepada transformasi pendidikan masa kini. Kajian ini memberi tumpuan yang khusus dalam meneroka tahap kesediaan guru Pendidikan Islam Daerah Pekan dalam melaksanakan pentaksiran mata pelajaran dengan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikukum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Seramai 145 guru Pendidikan Islam yang terdiri daripada lima kelompok iaitu Bandar (14.5 peratus), Peramu (26.9 peratus), Pantai (27.6 peratus), Paloh Hinai(13.1 peratus) dan Chini (17.9 peratus). Hasil dapatan kajian menunjukkan bilangan responden perempuan 82 orang (56.6 peratus) melebihi responden lelaki seramai 63 orang (43.4 peratus). Populasi umur responden yang paling tinggi adalah dalam lingkungan 40-an iaitu seramai 76 orang (52.4 peratus) dan kesemua responden adalah berbangsa melayu (100.0 peratus). Setiap hipotesis telah diuji dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 23.0. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru-guru Pendidikan Islam terhadap pentaksiran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dalam semua aspek berada ditahap yang tinggi dengan nilai purata min 3.866 (SP=0.673).

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tahap kesediaan, Guru Pendidikan Islam, Pentaksiran , Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > L Education (General)
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Center for Modern Languages
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 10 Oct 2019 01:36
Last Modified: 10 Dec 2019 03:05
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26059
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item