Mohd Jim, Hamzah and Syed Ismail, Syed Mustapa and Ahmad Subki, Miskon and Edaham, Ismail (2019) Kesedaran terhadap fenomena histeria dari perspektif siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. IISIATIF #112:Pembudayaan Penyelidikan Dalam Kalangan Pensyarah, 3 (112). pp. 97-111. ISSN ISBN: 978-967-5580-17-8. (Published)
Text
ARTIKEL 4.docx Download (51kB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesedaran fenomena hiseria ini dari perspektif siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK). Objektif kajian ini adalah untuk megenal pasti tahap kesedaran siswa guru IPGKIK terhadap konstruk pengetahuan, pengalaman, dan sikap mereka terhadap fenomena histeria yang sering berlaku di sekolah. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Data-data dalam kajian ini dikutip melalui borang soal selidik. Data-data yang berjaya dikumpulkan dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan nilai min dan peratus bagi menafsirkan dapatan-dapatan kajian. Sampel kajian ini melibatkan 253 orang siswa guru Pra-Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester dua, empat, enam, dan lapan dari bidang Pendidikan Khas, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual, dan bidang Pengkhususan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua. Dapatan kajian menunjukkan bahawa siswa guru IPGKIK mempunyai tahap kesedaran pada peringkat sederhana tinggi pada konstruk pengetahuan, pengalaman, dan sikap yang dikaji. Kesedaran ini memperlihatkan lebih 70% siswa guru IPGKIK bersedia untuk menghadapi realiti histeria di sekolah. Sehubungan dengan itu, kajian ini mencadangkan supaya pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merangka satu modul latihan atau kursus jangka pendek mengenai fenomena histeria ini untuk membekalkan pengetahuan dan kaedah bagi menangani fenomena histeria di sekolah kepada bakal-bakal guru.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kesedaran; Fenomena; Histeria |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences |
Depositing User: | Miss. Ratna Wilis Haryati Mustapa |
Date Deposited: | 14 Jan 2020 03:31 |
Last Modified: | 14 Jan 2020 03:31 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/27328 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |