Abdul Rahman, Talib and Hasan, Ahma (2020) Persepsi masyarakat di Pahang terhadap peranan Majlis Ugama Islam Pahang dalam menangani kemiskinan asnaf fakir dan miskin. Jurnal al-Sirat, 1 (19). pp. 88-95. ISSN 1823-4313. (Published)
|
Pdf
JURNAL 1 UNIPSAS.pdf Download (296kB) | Preview |
Abstract
Peranan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) dalam mentadbir dan mengendalikan urusan agihan zakat sering mendapat kritikan dan maklum balas yang negatif daripada masyarakat seolah-olah ianya tidak diuruskan dengan cekap dan berkesan bagi menangani kemiskinan dalam kalangan asnaf khususnya fakir dan miskin. Pelbagai tohmahan dan kecaman telah dilemparkan terhadap pengurusan zakat oleh golongan netizen terutama melalui laman sosial. Ini memberikan gambaran yang kurang baik terhadap organisasi MAIN dan AMZ pada pandangan masyarakat dengan persepsi yang kurang tepat jika dilihat kepada kesungguhan dan usaha yang dilaksanakan oleh agensi tersebut dalam membantu golongan asnaf fakir dan miskin. Pelbagai bantuan telah disalurkan melalui pelbagai skim bantuan agar kehidupan golongan asnaf terbela dan mendapat kehidupan yang lebih baik serta mampu berdikari untuk keluar daripada kelompok kemiskinan. Oleh itu, kajian secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik ini akan memberikan penekanan terhadap persepsi masyarakat di negeri Pahang berhubung dengan peranan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam menangani kemiskinan. Hasil kajian ini diharapkan dapat membetulkan persepsi masyarakat terhadap MAIN dan AMZ seterusnya mampu meningkatkan lagi keberkesanan agihan zakat bagi membantu golongan asnaf fakir dan miskin serta meningkatkan jumlah kutipan dan pembayar zakat.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Persepsi; MAIN; AMZ; Zakat; Kemiskinan |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Faculty/Division: | Institute of Postgraduate Studies Center for Human Sciences |
Depositing User: | Miss. Ratna Wilis Haryati Mustapa |
Date Deposited: | 17 Feb 2023 09:10 |
Last Modified: | 17 Feb 2023 09:10 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37028 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |