Mohd Raizalhilmy, Mohd Rais and Zainuddin, Mat Hussin and Aziman, Abdullah (2013) Hi-PET – Meraikan Kepelbagaian Bakat Kepimpinan Dalam Organisasi Abad Ke-21. In: Seminar Inovasi Sektor Awam Peringkat Kebangsaan 2013 , 18 Nov 2013 , Pulau Pinang. . (Unpublished)
PDF
UMP_Full_Paper_Hi-PET_(1)_raizalhilmy.pdf Download (831kB) |
|
PDF
HiPET_-_Meraikan_Kepelbagaian_Bakat_Kepimpinan_Dalam_Organisasi_Abad_Ke_21_(UMP)_(1)_slide.pdf Download (3MB) |
Abstract
Sebuah organisasi yang berjaya bukan sahaja aktif dalam menggalakkan semangat berpasukan, tetapi sentiasa mencari mekanisme untuk membangunkan kemahiran berpasukan bagi meningkatkan peranan pasukan tersebut. Keberkesanan kemahiran berpasukan ini amat dipengaruhi oleh kepelbagaian bakat yang wujud dalam sesebuah organisasi untuk mendokong aspirasi dan inspirasi organisasi tersebut mencapai kecemerlangan. Justeru, dalam usaha untuk mencapai visi Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta merealisasikan Pelan Strategik UMP 2011-2015, satu pasukan pengerak yang mahir dan kompeten telah dibentuk melalui inovasi program yang dikenali sebagai Pasukan Eksekutif Berprestasi Tinggi atau “High Performance Executive Team” yang lebih dikenali sebagai Hi-PET dan terdiri daripada gabungan staf akademik dan staf bukan akademik. Kepelbagaian bakat kepimpinan pasukan ini diukur berdasarkan kepada tiga kompetensi utama pekerjaan iaitu gaya pemikiran, kepentingan tugas dan ciri-ciri tingkah laku yang dibentuk melalui corak pekerjaan. Pemilihan kumpulan Hi-PET seterusnya dibuat melalui Padanan Kerja Hi-PET yang dipetakan kepada profil individu bagi mendapatkan peratusan indeks Padanan Kerja. Manakala proses penilaian bagi membentuk corak atau watak organisasi yang pelbagai adalah melalui beberapa proses penilaian seperti penilaian daya kepimpinan individu, penilaian personaliti serta penilaian persepsi terhadap penambahbaikan keupayaan organisasi. Usaha dan mekanisma pembentukan kumpulan melalui kaedah ini diharapkan mampu memanfaatkan kepelbagaian bakat yang ada sebaik mungkin untuk meneruskan kelangsungan organisasi di abad ke-21.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Speech) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | High Performance Executive Team; Leadership |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Faculty/Division: | Unspecified |
Depositing User: | Siti Aishah Ghani |
Date Deposited: | 27 Nov 2013 01:02 |
Last Modified: | 29 Mar 2018 02:02 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/4401 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |