Pembangunan Inovasi Tajwid Yadun untuk pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid

Hamir Hamzah, Jaafar and Mohamad Hilmi, Mat Said (2021) Pembangunan Inovasi Tajwid Yadun untuk pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid. Asean Comparative Education Research Journal on Islam And Civilization (ACER-J), 4 (2). pp. 32-44. ISSN 2600-769X. (Published)

[img]
Preview
Pdf (Open access)
Pembangunan Inovasi Tajwid Yadun Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Ilmu Tajwid.pdf

Download (503kB) | Preview

Abstract

Bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan suatu aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru. Guru yang kreatif dan inovatif akan cuba menjana idea untuk menghasilkan BBM yang berinovasi bagi memastikan proses PdP dapat mencapai matlamat yang sepatutnya. Maka penulisan aktikel ini adalah untuk menjelaskan tentang pembangunan BBM berbentuk inovasi yang boleh digunakan dalam PdP ilmu tajwid yang dinamakan sebagai Tajwid Yadun. Asas pembangunan inovasi ini diadaptasi dari model reka bentuk pengajaran Model ADDIE (2003) yang mempunyai lima fasa iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian. Dapatan menunjukkan Inovasi Tajwid Yadun yang dihasilkan dalam bentuk model tangan yang memberikan penekanan kepada kemahiran mengingat menghasilkan pembaharuan dalam PdP ilmu tajwid untuk mewujudkan PdP yang berkesan. Implikasi kajian ini juga dapat memberi nilai tambah dalam mempelbagaikan BBM yang boleh digunakan oleh guru dalam PdP ilmu tajwid. Justeru itu, para guru harus memberikan penekanan kepada aspek inovasi dalam PdP ilmu tajwid agar ianya lebih menarik, membantu meningkatkan daya ingatan dan kefahaman pelajar terhadap ilmu tajwid yang seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasikannya semasa membaca al-Quran.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Bahan bantu mengajar; Inovasi; Tajwid Yadun; Menarik minat
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > LB Theory and practice of education
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mrs Norsaini Abdul Samat
Date Deposited: 09 Dec 2024 00:47
Last Modified: 09 Dec 2024 00:47
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/43030
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item